Jumaat, 21 Oktober 2016

Intipati Rumusan Pembentangan #Bajet2017 Malaysia

Belanjawan Malaysia 2017 atau #Bajet2017 dibentangkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia di Parlimen pada 21 Oktober 2016 pada jam 4.00 petang.

BELANJAWAN 2017

bajet 2017


Bajet 2017

Kami akan berkongsi mengenai Senarai Intipati Bajet 2017, senarai ringkasan Bajet 2017 untuk penjawat awam, Bonus Kakitangan Awam, BRiM, Pendidikan, Perumahan, Cukai, Gst, Kemudahan awam, Pengangkutan, penjagaan kesihatan apabila pembentangan sedang dijalankan oleh Dato' Sri Mohd Najib esok.

Anda boleh membaca Intipati Rumusan Belanjawan 2016 di sini;
Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia;

dan pengubahsuaian Belanjawan 2016 disini;
Intipati Pengubahsuaian ‪‎#Bajet2016 Malaysia.


Anda juga boleh menonton siaran langsung #Bajet2017:

  • Siaran Langsung PEMBENTANGAN BAJET 2017 : 21 Okt 2016, (Jumaat) pukul 3.00 petang (Bahasa Malaysia) di Tv1 dan BUDGET 2017 (Bahasa Inggeris) di TV2.
  • PASCA BAJET 2016 : 21 Okt 2016 (Jumaat) pukul 7.30 dan 9.00 malam di Tv1
  • PASCA BAJET 2016 : 22 & 23 Okt 2016 (Sabtu & Ahad) pukul 9.00 malam di Tv1
  • POST BUDGET 2017 : 24 Okt 2016 (Isnin) pukul 9.00 malam di Tv1


Live Streaming juga boleh di tonton di myklik.rtm.gov.my/live.

Berikut adalah Intipati Rumusan Pembentangan #Bajet2017 Malaysia:

Bajet kali ini dengan diperuntukkan RM260.8b, merupakan peningkatan 3.4% daripada pengubahsuaian Bajet 2016. RM214.8b adalah Perbelanjaan Mengurus & RM46b pula untuk Perbelanjaan Pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka RM2b.
  • Peruntukan Pembangunan: Sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9b, sosial RM12.2b, keselamatan RM5.3b, pentadbiran am lebih RM2.5b.
  • Pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2% pada 2015 ke 3.1% yang diunjurkan bagi 2016. Pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil. Kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai.
  • Kejatuhan harga minyak: Kerajan hilang pendapatan RM30b daripada cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS & cukai petroleum.
  • GST kekal 6%.
  • Sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal adalah 3% daripada KDNK pada 2017 berbanding 3.1 peratus pada tahun ini.
  • KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat drpd USD23,100 pd 2012 kpd USD26,891 pd 2015.
  • Rasionalisasi Subsidi. Pada 1995 subsidi cuma RM123j (0.24% bajet). Kemuncaknya pada 2012, jumlah subsidi RM24.8b (9.8% bajet). Subsidi pukal membebankan & galakkan ketirisan. Kita telah ganti dengan subsidi bersasar yang manfaatkan golongan benar-benar memerlukan.
  • Menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina BBB- , Thailand BBB+ , Vietnam BB-. Penarafan Malaysia sama dengan negara yang ekonominya lebih besar & maju daripada negara kita seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , & Jepun A.


#Bajet2017 digubal dgn berpegang kpd Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan
  • Kerajaan utamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa, aset teras kemajuan & pembangunan semenjak dulu, kini, selamanya.
  • Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing & memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara.
  • Kerajaan ini adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu.
  • Kerajaan ini adalah Kerajaan yang gigih dengan arah tuju jelas, perancangan sistematik & pelan pelaksanaan tersusun, efisyen.
  • Kerajaan akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yg universal sifatnya yakni Wasatiyyah.

Perkhidmatan Awam
  • Cuti belajar dengan gaji penuh serta biasiswa diberi juga kepada kumpulan pelaksana.
  • Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.
  • Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pmbelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 tahun.
  • Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5k kepada RM10k.
  • Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan daripada serendah-rendah RM120k kepada RM200k, pinjaman paling tinggi daripada RM600k kepada RM750k.
  • Sebanyak 30k unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.
  • Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat pnghujung tahun ini, Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.
  • Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.
  • Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat-lewatnya Dis 2016. Hampir 2600 doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak.
  • Bayaran khas RM500 kpd semua penjawat awam, RM250 kpd para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

Kakitangan Swasta
  • Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS. RM 165j utk cadang naik insentif sedia ada RM500 kpd RM1k one-off kpd pencarum PRS dgn pelaburan min RM1k utk tmpoh 2 tahun.


Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
  • BR1M kpd isi rumah dlm senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bwh RM3k dinaikkan drpd RM1,050 & RM1,000 kpd RM1,200. BR1M kpd isi rumah berpendapatan RM3k hingga RM4k, akan dinaikkan daripada RM800 kpd RM900. Bagi individu bujang berpendapatan di bwh RM2k, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kpd RM450.
  • Skim Khairat Kematian diteruskn dgn pampasan RM1k kpd waris penerima BR1M bg kategori isi rumah &warga emas dgn peruntukan RM6.8b


Perumahan
  • Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kpd B40, dgn peruntukan RM200j. 5k unit rumah akan dibina dgn harga RM40k-50k seunit. Kerajaan akan membiaya RM20k dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yg telah dpt kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan Kerajaan Negeri.
  • KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134j bagi 2017.
  • 11,250 rumah PPR sdg dlm pembinaan, RM576j disediakan. Rumah ini dijual dgn harga RM35k- RM42k w/pun kos pembinaan RM120k-160k.
  • Krjn akan sediakan tanah Krjn yg tdk digunapakai di lokasi strategik kpd GLC & PR1MA utk bina lbh 30k rumah, harga RM150k-RM300k.
  • Kerajaan akan bina 10k rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.
  • Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200j untuk bina lebih 5k unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga RM20k seunit.
  • PR1MA telah dapat sambutan mmberangsangkan, Lebih 12k unit kediaman berjumlah RM3.3b telah ditempah, 85k lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.
  • Skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA. Proses permohonan akan mula dilaksana pada 1 Jan 2017, hasil kerjasama antara Kerajaan, BNM, KWSP & 4 bank iaitu Maybank,CIMB, RHB & AmBank.
  • Pengecualian duti setem dinaikkan kpd 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan. Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300k bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 - 31 Dis 2018.
  • Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1j akan dinaikkan drpd 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018 .


Pendidikan
  • Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6b kepada institusi-institusi TVET.
  • 9 buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. 4 buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya RM400j diperuntukkan berbanding RM250j utk bina sebuah politeknik baru, jimatkan Krjn RM2b.
  • RM270j disediakan utk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360j bg Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
  • RM200j teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita prog TABIKA & TASKA, tmbah baik pakej pmakanan mnfaat 280ribu kanak2.
  • RM132 juta disediakan utk tingkatkan akses kpd pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200 ribu kanak2.
  • Bngunkan smula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah& 30 di Srwk guna IBS &naiktaraf 1800 mkmal sains, peruntukn RM570j.
  • Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.
    Perluas program penguasaan B. Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language & Highly Immersive dgn peruntukan RM90j.
  • Untuk 430 ribu pendidik, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan utk tablet bantuan mengajar bg mudahkan tugasan.
  • Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kpd setiap pelajar drpd keluarga berpendapatan sehingga RM3 ribu, memanfaatkan 3.5 juta murid.
  • RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid.
  • RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.
  • RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.
  • Geran sepadan disediakan kpd pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bg simpanan terkumpul sehingga RM50 dlm akaun SSPN-i.
  • Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sbyk RM150 kpd 67 ribu murid; serta mengganti bas bg 21 sekolah berpendidikan khas.
  • RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
  • Daripada jumlah tersebut; RM250j utk Sekolah Kebangsaan; RM50j kpd Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; RM50j bg Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; RM50j utk Sekolah Mubaligh; RM50j utk Sekolah Berasrama Penuh; RM50j kpd Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; RM50j kpd Sekolah Pondok berdaftar; RM50j kpd MRSM.
  • Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam. Drpd jumlah ini, RM1.4 bilion kpd 4 hospital universiti, manakala RM300 juta utk pemerkasaan 5 universiti penyelidikan. 
  • RM100 juta utk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.
  • Baucar buku diganti dgn kad debit pelajar RM250, boleh beli buku, alatulis, alatan komputer &akses internet.Manfaat 1.3j pelajar.
  • Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk: RM1.6b menerusi JPA, RM2b menerusi MARA, RM250j menerusi Kem Pen Tinggi, RM208j menerusi Kem Kesihatan, RM194j menerusi Kem Pendidikan, RM28j menerusi Kementerian Sumber Manusia & RM21j menerusi KBS.


PTPTN
  • Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.
  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
  • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.


Kesihatan
  • Membina & naiktaraf hospital2 baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.
  • Naik taraf kemudahan dgn RM536j, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hosp Serdang,P.Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulan.
  • RM4.5b utk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa.
  • RM4b utk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
  • Bg kurangkan kesesakan hosp awam, Kjaan krjasama dgn swasta/NGO yg kendali non-profit charitable hosp ikut kadar kos hosp Kjaan. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.
  • Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta utk bantuan perubatan kpd 10 ribu pesakit kurang mampu.
  • Bg menggalakkan lbh byk pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sbg geran one-off RM200 ribu utk beli peralatan.
  • RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.
  • RM30j utk kaum wanita jalani pemeriksaan mamogram & mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma utk mencegah kanser.


Pelepasan Cukai Individu:
  • Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar arus perdana, smartphone & tablet, langganan internet serta byrn keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.
  • Pelepasan cukai baru shingga RM1k bg pmbelian peralatan pnyusuan ibu. Pelepasan stiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.
  • Pelepasan cukai sehingga RM1k diberi kpd pmbayar cukai individu hantar anak 6 tahun ke bwh ke tmn asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.


Pelepasan Cukai Syarikat:
  • Potongan cukai sebyk dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.
  • Potongan cukai RM500 ribu dinaikkan kpd RM700 ribu bg sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan &warisan tmptn luar negara.
  • Bg hargai pncapaian syarikat2 yg berjaya tingkatkan pndapatan, Kjaan ambil kputusan adakan 1 skim baru khusus bg tahun taksiran 2017 & 2018. Skim ini akn beri pngurangan kadar cukai brperingkat, brdasarkan kpd % knaikan pndapatan brbanding tahun taksiran sebelumnya. Peratus kenaikan pndapatan bercukai 5 & bwh 10% sbyk 1 mata peratusan. Peratus kenaikan pndapatan bercukai 10 & bwh 15% sbyk 2 mata peratusan. Peratus knaikan pndapatan brcukai 15 & bwh 20% sbyk 3 mata peratusan. Peratus knaikan pndapatan brcukai 20% sbyk 4 mata peratusan.
  • Bg rancakkan prog pmbangunan vendor tempatan dlm sektor perkilangan & perkhidmatan, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan operasi yg ditanggung syarikat induk, akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
  • Bg semua PKS, kadar cukai bg pndapatan brcukai shingga RM500ribu pertama, dikurangkan drpd 19% kpd 18% brmula tahun taksiran 2017.
  • Tempoh pengecualian cukai pndapatan utk entiti Perbankan Islam & Takaful jlnkan aktiviti matawang asing International Currency Business Unit dan pengecualian duti setem ke atas surat cara bagi aktiviti tersebut akan dilanjutkan ke tahun taksiran 2020.


Wanita
  • Bagi hal ehwal wanita, RM2b utk program2 seperti I-KIT, I-KeuNita dan program Women Career Comeback.
  • RM300j kpd TEKUN, bg bantu usahawan kecil majukan prniagaan, trmasuk skim baru TEMANITA, khusus utk usahawan mikro wanita.
  • RM30j utk kaum wanita jalani pemeriksaan mamogram & mendapat suntikan imunisasi HPV secara percuma utk mencegah kanser.


Internet
  • Kjaan hasrat tubuhkan Digital Free Zone pertama di dunia yg gabungkan zon fizikal & maya dgn tmbahan prkhidmatan online & digital.
  • Bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dgn kelajuan lebih tinggi pd harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s. Dlm tempoh 2 tahun bg pakej ini, kelajuan akn ditingkatkn 2x dgn penurunan harga sehingga 50%. Double the speed at half the price.
  • Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kpd maksimum 100 gigabit sesaat.
  • SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.


Keselamatan, Polis & Ketenteraan
  • Kjaan akn beri Bayaran Insentif Khas Insurgensi kpd veteran ATM, sejumlah RM55j, yg masih belum menerima insentif khas ini. Contoh, Koperal yg hilang upaya 80% semasa brtugas layak terima Insentif Pukal RM34ribu & Insentif Bulanan hingga RM590.
  • RM15.1b utk MINDEF, antaranya RM1.8b utk selenggara aset2 utama spt psawat, kpl peronda, pralatan komunikasi, bngunan & senjata.
  • RM1.3b diperuntukkan antaranya utk telekomunikasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam.
  • Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah.
  • Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8x8.
  • Knderaan perisai 4x4 di Lahad Datu, pnempatan skuadron psawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pgkln Udara Labuan.
  • Angkatan Tentera jg akan laksanakan Program Jiwa Murni, dgn peruntukan RM114j, bg bina & menaiktaraf jalan di pedalaman Sarawak.
  • Perkhidmatan Feri Sekolah Angkatan Tentera juga diteruskan melibatkan 15 ribu anak-anak anggota ATM seluruh negara.
  • RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dll
  • RM60j disediakan bg tingkatkan keberkesanan usaha cegah jenayah di bandar, termasuk omnipresence & Unit Rondaan Bermotosikal.
  • RM80j diperuntukkan bagi bekalkan pakaian seragam kepada lebih 200 ribu orang anggota RELA.



Pemandu Teksi
  • Bg pemandu teksi, RM60 juta utk geran RM5 ribu utk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.
  • Geran pelancaran RM60 juta utk Skim PERKESO kpd pemandu teksi individu brpendapatan sehingga RM3 ribu sebulan diperkenal. Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO. Contoh, jika hilang upaya kekal bayaran pukal RM43 ribu-RM121 ribu & bayaran bulanan RM1,281-RM2,624 sepanjang hayat. Jika pemandu meninggal dunia, waris akan terima Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 - RM2,655 sebulan.
  • Bagi bantu B40 khususnya pnerima BR1M jana pendapatan tambahan, Kjaan galakkan pnyertaan sbg pemandu ride-sharing seperti Uber. Pndpatan boleh cecah RM1,500/bulan jika pndu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika mlebihi 40 jam seminggu. Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat guna BR1M & rebat RM4 ribu bg pembelian Proton Iriz.
  • RM29 juta utk naiktaraf sistem perparitan & bina 2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.


Naiktaraf & bina infrastuktur
  • Bg rangsang plaburan swasta, projek2 infra dilaksana spt naiktaraf Jln Lok Kawi-Pengalat-Papar Sabah, Jln Kg Keruak-G.Musang-K.Berang dan bina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman dan Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan.
  • RM2.1b untuk pembangunan infra & sosio ekonomi di 5 koridor iaitu; Wilayah Iskandar Msia, Wilayah Ekon Koridor Utara, Wilayah Ekon Pantai Timur, Koridor Pmbangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.


Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • RM130j di bawah Tabung Promosi Eksport Negara bg prog galakan eksport kpd PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA & SMECorp.
  • Pembiayaan RM200 juta & kemudahan kredit insurans dgn nilai perlindungan sehingga RM1b akan disediakan oleh EXIM Bank kpd PKS.
  • 2017 diisytihar sbg tahun Startup & SME Promotion. Bg menggalakkan pmbangunan PKS, RM75j disedia utk prog di bwh Pelan Induk PKS.
  • Jaminan sehingga RM15b yg diberi pelbagai Skim di bwh Sykt Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dipanjangkan tempoh sehingga 2025.
  • Bg melonjakkan PKS berorientasi eksport, 2% rebat kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim SJPP. Rebat ini dihadkan kpd jumlah pembiayaan terkumpul RM1b & melibatkan peruntukan RM100 juta untuk tempoh 5 tahun.


Perladangan
  • RM286 juta disediakan utk pengeluaran eksport perladangan sawit, getah, koko dan lada.
  • RM50j utk kajian saintifik tingkatkn kualiti produk sawit & geran RM30j melalui MPOB utk tnm smula klapa sawit oleh pekebun kecil.
  • RM20 juta bagi menaik taraf jalan ladang untuk kemudahan pekebun kecil komoditi.


Pembangunan Sukan (RM1.2b)
  • RM450j khusus utk penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pd 2017.
  • RM50j bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.
  • RM122j bg membina &naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia &Sukan Negeri2, Kompleks Futsal 1Malaysia &Kompleks Sukan Komuniti.
  • RM70j bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.
  • RM54j bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.


Kenaikan harga & jaminan bekalan makanan
  • Membangunkan infrastruktur pertanian spt saliran & pengairan, jln ladang & pemasaran produk.
  • Program berimpak tinggi seperti estet padi, zon bersepadu akuakultur & penternakan ikan sangkar juga diteruskan.
  • RM140 juta bg Prog Pengedaran Barang Perlu, pembukaan 4 lg MyFarmOutlet & tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.
  • Menggalakkan pembangunan industri tenusu, pengeluaran madu kelulut & kelapa.
  • Kurangkan kebergantungn import makanan haiwan ternakan dengan pembangunan industri tanaman jagung bijirin sebagai projek perintis di Teregganu & Kedah.


Projek & program Rakyat Centric di bandar & luar bandar:
  • Sebanyak 97k lampu jalan, 3k lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, libatkan 7500 kampung seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.
  • Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung,pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2b.
  • Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6b disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.
  • Bina & baik pulih 17k unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350j. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1k hingga RM15k bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.
  • Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM732j, mensasarkan 5200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air FELDA. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Krjn memperuntukkan geran RM156j & RM509j dalam bentuk pinjaman. Sbg tambahan, utk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM500j.
  • Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan RM460j.
  • Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800j untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.
  • 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495j.


Peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40:
  • Memperluaskan Program MySuria dgn RM45j. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600rumah. Peserta program akan terima RM250 sebulan.
  • Memperluaskan Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan RM30j, yang mensasarkan 3k peserta bermotosikal.
  • Melaksanakan Program Agropreneur dengan RM100j bagi melahirkan 3k usahawan tani muda dalam pngeluaran hasil tani bernilai tinggi.
  • Menggiatkan program eUsahawan & eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan RM100j.