Jumaat, 24 April 2020

Duit syiling 10 sen Parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 10 sen parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1967 sehingga 1988. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan untuk duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 10 sen yang dicari
10 sen 1971

10 sen

Pada bahagian belakang, nilai denominasi "10 SEN" tertera ditengah-tengah dan di apit kiri kanan oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia serta tulisan "MALAYSIA" di sebelah atas dengan tahun syiling disebelah bawah.

duit parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 10 sen.
Diameter: 19.4 mm.
Berat: 2.82 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 10 sen Parlimen:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1967 106,708,000
1968 128,292,000
1969 tidak dikeluarkan
1970 tidak dikeluarkan
1971 32,236
1972 tidak dikeluarkan
1973 214,832,756
1974 tidak dikeluarkan
1975 tidak dikeluarkan
1976 148,840,738
1977 52,720,061
1978 21,161,891
1979 50,633,326
1980 51,797,393
1981 236,638,957
1982 145,638,962
1983 30,831,573
1984 tidak dikeluarkan
1985 tidak dikeluarkan
1986 tidak dikeluarkan
1987 tidak dikeluarkan
1988 17,852,262

Tahun tiada keluaran:
1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1984, 1985, 1986 & 1987

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 10 sen mengikut tahun.