Jumaat, 24 April 2020

Duit syiling 5 sen Parlimen

Maklumat mengenai duit syiling 5 sen parlimen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Duit syiling ini dikeluarkan bermula daripada tahun 1967 sehingga 1988. Namun, terdapat tahun-tahun tertentu yang tidak dikeluarkan untuk duit syiling parlimen ini.

Tahun syiling 5 sen yang dicari
5 sen 1982 extra dot

5 sen

Pada bahagian belakang, nilai denominasi "5 SEN" tertera ditengah-tengah dan di apit kiri kanan oleh bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia serta tulisan "MALAYSIA" di sebelah atas dengan tahun syiling disebelah bawah.

duit parlimen

Pada bahagian hadapan siri ini kelihatan bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, sebagai lambang demokrasi Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang berbucu 13 diambil daripada bendera Malaysia, melambangkan Malaysia sebagai negara Islam dan 13 buah negeri di Malaysia.

Duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan anda boleh menemui ukiran "GC" di bahagian hadapan duit syiling siri ini, dibawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC kerana masalah die syiling (alat untuk menempa duit syiling) yang tersumbat.

Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 5 sen.
Diameter: 16.2 mm.
Berat: 1.41 gm.
Komposisi: Copper-Nickel.
Sisi: Milled.
Mint: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam.

Senarai Tahun Keluaran & Mintage Duit 5 sen Parlimen:

Tahun Keluaran Mintage (pcs)
1967 75,464,000
1968 74,536,000
1969 tidak dikeluarkan
1970 tidak dikeluarkan
1971 16,657,712
1972 tidak dikeluarkan
1973 102,942,305
1974 tidak dikeluarkan
1975 tidak dikeluarkan
1976 65,658,870
1977 10,609,162
1978 50,044,123
1979 38,823,711
1980 33,893,481
1981 51,490,263
1982 118,593,833
1983 tidak dikeluarkan
1984 tidak dikeluarkan
1985 15,553,101
1986 tidak dikeluarkan
1987 16,723,327
1988 26,788,183


Tahun tiada keluaran:
1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983, 1984 & 1986

Untuk mengetahui nilai dan harga duit syiling ini, anda bolehlah membacanya di dalam artikel; Nilai duit syiling 5 sen mengikut tahun.