Isnin, 25 Mac 2019

Syiling harapan dan medalion harapan; dua perkara yang berbeza.

Sememangnya ramai yang menunggu syiling kenangan kemenangan kerajaan baru Pakatan Harapan, namun sehingga hari ini, tidak ada syiling rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Harapan untuk sekurang-kurangnya menyimpan satu syiling peringatan Malaysia dengan wajah Tun Mahathir ada kemungkinan tiada harapan.

Syiling harapan

Kepada anda yang baru sahaja di blog kami, sila baca artikel sebelum ini; adakah harapan kepada numismatik untuk memudahkan anda faham apa yang kami cuba sampaikan.

Bercakap mengenai syiling, ramai orang yang beranggapan, apa sahaja yang bulat itu adalah duit syiling tanpa mengambil kira ianya mempunyai nilai denominasi (10 sen, 20 sen dll) atau pun tidak. Pada anda yang tidak tahu, hanya BNM sahaja yang mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan duit syiling di Malaysia.

Anda boleh membaca penjelasan lanjut yang kami telah tulis sebelum ini; Syiling atau medalion?

Jika medalion yang dikeluarkan disebut sebagai syiling sekalipun, warga numismatik yang tidak berminat dengan medalion tidak akan membelinya.

Jika medalion yang dikeluarkan tersebut tidak mempunyai rekabentuk yang menarik, agak mustahil untuk warga numismatik mahu membelinya.

Jika medalion tersebut dijual pada harga yang tidak munasabah, kemungkinan besar warga numismatik tidak mahu membelinya.

Kepada bukan collector, perkara ini mungkin agak sukar untuk difahami kerana ramai yang beranggapan jual sahaja medalion sebagai syiling, buruk dan mahal macam mana sekalipun, para collector mesti berebut untuk membelinya.

Syiling dengan rekabentuk yang cantik sekalipun tidak akan habis dijual sebagai contoh Syiling Peringatan Masjid Negara. Tahun lepas kami masih boleh melihat ianya dijual di Sasana Kijang.

Syiling harapan dan medalion harapan; dua perkara yang berbeza.

Pendapat anda bagaimana? Sila kongsikan di page Facebook Malaysia Coin.

Terima kasih.