Rabu, 27 Mac 2019

Wang kertas baru mula digunakan 1 April 2019?

Di Facebook, ramai yang berkongsi "wang kertas baru" seperti didalam gambar akan mula digunakan bermula 1 April 2019. Ada juga yang bertanya kepada kami, bagaimana untuk mendapatkan wang kertas baru tersebut, adakah ianya dijual di Bank Negara Malaysia?

Wang kertas baru

Betullah tu wang kertas RM60 dan RM50 tersebut dijual di Bank Negara Malaysia (BNM), wang RM50 tu masih ada lagi kot dijual di Sasana Kijang tapi kena beli dengan harga RM80.

Kenapa nak beli lebih mahal dari nilai muka pulak?

Wang kertas tersebut adalah wang kertas peringatan Komanwel yang dikeluarkan pada tahun 1998. Dah nama wang kertas peringatan, jadi harga jualannya pun mahal sedikit daripada nilai muka.

Wang Kertas RM60 itu pula adalah sebahagian daripada Wang Kertas Peringatan 60 Tahun Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang telah dilancarkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V pada 14 Disember 2017.

Tak pasti pula wang kertas ini masih dijual atau tidak di Sasana Kijang.

Wang Kertas 1 Ringgit berwarna ungu tersebut adalah hasil daripada "magik" yang digunakan dengan perisian komputer.

Pelik tetapi benar, ramai rakyat Malaysia yang suka berkongsi cerita-cerita palsu seperti cerita wang kertas baru yang dikatakan akan mula di edarkan pada 1 April 2019 ini.

Seperti mana yang kami tulis didalam artikel Cerita wang kertas baru untuk kerajaan baru pada tahun lepas, cerita-cerita numismatik palsu sebegini amat diminati oleh para blogger dan laman Facebook yang mengejar pengunjung, like dan share.

Cerita ini akan di ulang kali seberapa banyak yang boleh, selagi kita tidak berusaha untuk membuat carian maklumat terlebih dahulu sebelum like dan share.

Sekali lagi kami beritahu, tiada wang kertas baru akan mula diedarkan pada 1 April 2019 ini.

Mohon like dan share supaya  ramai yang tahu cerita sebenar dan tidak tertipu dengan cerita palsu.