Khamis, 10 Mei 2018

Adakah Harapan kepada numismatik?

Semalam (9 Mei) rakyat Malaysia telah mengundi dan keputusannya Pakatan Harapan telah memenangi Pilihanraya Umum ke-14, pertama kali didalam sejarah Malaysia, Pakatan pembangkang memenangi pilihanraya. Adakah harapan kepada numismatik untuk melihat Syiling Peringatan dengan potrait Tun Dr. Mahathir?

Syiling Mahathir


Mahathir coin

Pada jam 4.45 pagi hari ini (10 Mei), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan keputusan penuh bagi kesemua 222 kerusi Parlimen selepas berakhir proses penjumlahan undi semalam. Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, Barisan Nasional (BN) memperoleh 79 kerusi, PAS (18), PKR (104), DAP (9), Parti Warisan Sabah (8), Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3). Pengumuman keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tersebut di adakan di Bilik Sidang Media, Menara SPR, Presint 2, Putrajaya.

Jika hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau akan mencipta sejarah sebagai pemimpin dunia tertua pada usia 93 tahun.

Pakatan Harapan telah pun mencipta sejarah sebagai pakatan pembangkang yang pertama memenangi pilihanraya Malaysia, mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957.

Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun daripada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, adalah satu-satunya mantan Perdana Menteri tanpa Syiling Peringatan (Jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan, Dato Seri Najib Razak juga tanpa syiling peringatan).

Kebanyakkan komuniti numismatik sedia maklum, Tun Mahathir kerap kali tidak membenarkan imejnya dipamerkan pada patung, wang atau memorabilia.

Semoga dengan kemenangan Pakatan Harapan ini akan membawa nafas baru kepada Malaysia.

Semoga Tun Mahathir juga membuka ruang untuk membolehkan wajahnya di abadikan pada syiling peringatan Malaysia.

Sama-sama kita tunggu, adakah Harapan kepada numismatik?