Jumaat, 15 Mac 2019

Pameran Wang Kuala Lumpur Trigo kali ke-3

Hari ini bermulanya Pameran Wang Antarabangsa Trigo kali ke-3 yang di adakan di di Hotel Hilton, Petaling Jaya dan akan berakhir pada 17 Mac 2019 (Ahad). Pameran wang kali ini menyaksikan 25 peserta pameran antarabangsa dan Malaysia memeriahkan acara tahunan yang di adakan oleh Trigometric Sdn Bhd kali ini.


Apa yang menarik mengenai Pameran Wang Antarabangsa Trigo, setiap kali ianya diadakan, selain datang untuk membeli koleksi numismatik dari para peserta pameran, para pengunjung juga datang untuk mengumpul tiket rasmi yang dikeluarkan untuk pameran ini.

Untuk tiket kali ini, motif utamanya adalah seekor Singa Jantan dan beberapa ekor burung yang akan berterbangan apabila kita menggunakan aplikasi dari telefon bimbit. Tiket kali ini juga memaparkan watermark singa.

Harga untuk tiket sekeping adalah RM20, maksimum pembelian hanya 10 keping seorang. Ada lebih kurang 3,000 keping tiket single dicetak untuk pameran kali ini.

Harga untuk uncut 3 dalam 1 adalah RM100 sekeping. Hanya 1 keping seorang dibenarkan dan anda perlu menulis nama untuk membuat pesanan kepada penjual tiket, tiket hanya akan tiba minggu hadapan. Ada lebih kurang 300 keping tiket uncut 3 dalam 1 dicetak untuk pameran kali ini.

Senarai rasmi peserta pameran 3rd Trigo Kuala Lumpur International Money Show:
  • No. A3: Alexey Zemlyakov (Russia)
  • No. A12: Curios Collection Co (Hong Kong)
  • No. A5: Dalinitchi Vladimir (Moldova)
  • No. A4: Denis Lapaev (Russia)
  • No. B1: Di Wang Coins (China)
  • No. B8: Dickson Niew Banknotes (Malaysia)
  • No. B9: Eccles Coins & Banknotes (New Zealand)
  • No. F4: Eur-Seree Collecting Co., Ltd. (Thailand)
  • No. A1: Heritage Auctions (USA)
  • No. B2: Hong Kong Hua Yun Culture Collection Appraisal Co. Ltd. (Hong Kong/China)
  • No. B3: Hon Numismatics (Hong Kong)
  • No. B11: King Banknotes (Malaysia)
  • No. A10: Kosendo Co., Ltd (Japan)
  • No. A2: Myntkompanient (Sweden)
  • No. B5, B6, B7: Paper Money Guaranty® (PMG®), Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®) & Numismatic Conservation Services® (NCS®) (USA)
  • No. A7, A8, A9: Professional Coin Grading Service (PCGS®) (USA)
  • No. F3: Leuchtturm (Lighthouse Accessories) (Germany)
  • No. B4: Raymond Chow Galleries (Malaysia)
  • No. B10: RCH Rare Collection House (Malaysia)
  • No. A6: Sakura Collection House (Japan)
  • No. F2: Stack's Bowers & Ponterio Ltd (USA)
  • No. F5: Spink & Sons Ltd (United Kingdom)
  • No. A11: Tan Coin Trading (Malaysia)
  • No. F1: Trigometric (Malaysia)
  • No. B12: Waterlow & Fab (Japan)

Sebahagian daripada gambar pameran Trigo kali ke-3:



Buat pertama kalinya didalam sejarah saya membuat liputan Pameran Wang Trigo, seorang pekerja Hotel Hilton Petaling Jaya memarahi saya kerana mengambil gambar didalam dewan pameran. Anda boleh melihatnya di penghujung video di atas.

Sebaik sahaja saya mematikan live video tersebut, seorang lagi pengunjung mengambil gambar mengunakan telefon bimbitnya tetapi wanita tersebut buat tidak nampak mungkin sebab orang tersebut berbangsa cina seperti beliau. 

Tidak ada papan tanda tidak boleh mengambil gambar didalam dewan pameran, tidak ada larangan daripada pihak Trigometric sendiri mengenai larangan mengambil gambar didalam dewan pameran dan wanita tersebut juga bukannya pekerja keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan.

Pihak Hotel Hilton Petaling Jaya sewajarnya menasihati kakitangan mereka untuk menjalankan tugas yang diberikan sahaja dan jangan racist didalam menjalankan tugas.


Pameran Wang Antarabangsa Trigo kali ke-3 akan di adakan sehingga hari Ahad ini. Semua dijemput untuk menghadiri pameran ini dan bayaran masuk untuk sehari adalah RM5. Jika anda membeli tiket di atas, masuk adalah percuma untuk tiga hari pameran di adakan.

Semalam, set Nombor Cantik (Fancy Number) Wang kertas 2 Ringgit (20 keping) prefix BB dengan tandatangan gabenor Ahmad Don dijual pada harga RM130,000 (tanpa premium pembeli) didalam acara lelongan Trigometric Auction 9.