Rabu, 7 Februari 2018

Adakah BNM akan berkongsi data agihan Syiling?

Setelah bermula dengan agak baik pada tahun 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) nampaknya mengambil langkah beberapa tapak ke belakang untuk jualan syiling peringatan mereka. Tidak seperti jualan syiling Sukan SEA 2017, data agihan syiling yang dijual oleh BNM belum lagi dikongsi di laman web mereka.

data agihan Syiling

Walaupun cara jualan terbaru BNM adalah satu usaha baik tetapi ada isu-isu selain daripada kaedah jualan yang menjadi tanda tanya dan persoalan kepada para collector.

Jika jualan syiling peringatan sebelum ini BNM berkongsi data agihan syiling di setiap cawangan BNM, setakat hari ini tidak ada lagi sebarang maklumat yang dikongsi oleh BNM mengenai data agihan jualan tersebut.

Mungkin BNM akan berkongsi data agihan tersebut apabila semua syiling telah habis di ambil selepas 28 Februari 2018 atau apabila peluang kedua diberi kepada mereka yang berada didalam senarai menunggu.

Data agihan Syiling Sukan SEA 2017 menjawab banyak persoalan para collector pada masa itu mengenai jumlah agihan syiling, berapa banyak yang telah dijual oleh BNM. Walau pun didalam kes ini, ada yang tidak datang mengambil syiling peringatan mereka.

Jadual agihan

Ramai daripada rakan-rakan collector yang tidak berpeluang untuk memperolehi syiling peringatan daripada proses undian, terpaksa berharap nama mereka akan diletakkan didalam senarai menunggu atau terpaksa membeli daripada dealer yang sekarang ini sibuk membuat untung berlipat ganda akibat daripada spekulasi harga dan pembelian panik daripada para collector.

Adakah kali ini BNM akan berkongsi data tersebut atau tidak kami tiada jawapannya. Kami juga seperti anda cuma boleh berharap BNM akan mengekalkan perubahan yang baik sebegini.

Itu belum lagi persoalan yang sering ditanya collector, ke mana perginya wang hasil jualan wang peringatan sama ada melalui jualan secara terus kepada collector atau acara lelongan awam yang dibuat oleh BNM.

Anda ada jawapannya?