Selasa, 20 Februari 2018

Jangan lupa Syiling Agong XV pada 22 Februari ini

Kepada anda yang telah berjaya didalam undian Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, jangan lupa untuk mengambil Syiling peringatan anda bermula dari 22 Februari 2018 hingga 28 Februari 2018. Mungkin cuti panjang, ada di antara rakan-rakan yang terlupa untuk mengambil syiling peringatan mereka.

Syiling Agong


Untuk peringatan juga, 28 Februari 2018 jam 4.00 petang adalah masa terakhir untuk pengambilan semua wang peringatan yang anda telah menangi. Semua wang kertas dan duit syiling peringatan yang tidak diambil selepas 4.00 petang pada 28 Februari 2018 akan ditawarkan kepada pembeli yang tersenarai dalam senarai simpanan.

Untuk syiling peringatan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Bank Negara Malaysia menampilkan kelainan dengan syiling perak bersaiz besar (Diameter: 50mm; Berat: 92gm) dan syiling tembaga. Namun, kedua-dua syiling yang ditawarkan ini bukan pada kualiti pruf seperti syiling perak sebelum ini. 

Syiling emas juga ada dikeluarkan setelah diberhentikan pengeluaran syiling emas kerana kurang pembeli. Namun, ianya hanya dijual melalui lelongan awam sahaja.

Lokasi pengambilan:
  • Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum).
  • Pejabat-pejabat Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja biasa).

Masa Pengambilan: 
Pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang

Kepada anda yang tidak pernah pergi ke Sasana Kijang, artikel kami sebelum ini ada berkongsi mengenai apa yang anda perlu tahu tentang mengambil Wang Peringatan di Sasana Kijang; Mengambil Wang Peringatan di Sasana Kijang.

Pembeli perlu menunjukkan sendiri bukti pengenalan diri yang sah (MyKad bagi warganegara Malaysia dan Pasport bagi bukan warganegara Malaysia) semasa mengambil wang peringatan.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 1-300-88-5465 atau bnmtelelink@bnm.gov.my