Monday, January 1, 2018

Cara jualan terbaru BNM adalah satu usaha baik

Kita ketepikan dahulu soal harga melampau wang peringatan yang akan diumumkan keputusannya pada 25 Januari ini. Pada pendapat kami, perubahan cara jualan yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu usaha baik untuk numismatik. Zaman semakin ke depan, semoga BNM juga membuat keputusan yang semakin maju seiring dengan zaman sekarang.

duit bnm gov my

Kami pernah menyuarakan mengenai khabar angin cara jualan disini; Pre-order Syiling Peringatan 2017. Khabar angin itu tidak dilaksanakan pada tahun 2017 besar kemungkinan kerana perubahan pengurusan pada masa itu. Sekurang-kurangnya, BNM mahu mencubanya pada tahun ini.

Semoga BNM memperbaiki cara jualan dimasa akan datang berdasarkan kepada keperluan dan apa yang paling penting, boleh mendengar dan menerima pendapat para collector.

Tempahan online untuk syiling peringatan yang baru sahaja dilaksanakan oleh BNM sedikit sebanyak membantu mengurangkan jualan oleh orang ketiga yang menangguk di air keruh. Terutamanya mereka yang meminta bayaran terlebih dahulu dengan collector sebelum syiling peringatan ada ditangan (pre-order).

Collector boleh terus menempah sendiri dan mengambil duit syiling peringatan yang mereka menangi di pejabat-pejabat BNM yang terdekat.

Cuma masalah mungkin berlaku untuk para collector yang jauh daripada pejabat-pejabat BNM mungkin BNM boleh cuba memikirkan cara lain dimasa hadapan.

Cara jualan yang baru ini juga membolehkan BNM untuk mengumumkan jualan syiling peringatan lebih awal dan collector boleh bersedia lebih awal dengan budget masing-masing.

Namun, ada kemungkinan cara terbaru ini kurang mendapat sambutan kerana para investor kecil-kecilan tidak berani berlumba-lumba membeli wang peringatan BNM seperti sebelum ini atau tidak ada pelanggan yang membuat pre-order dengan mereka.

BNM juga sewajarnya memperbaiki isu-isu yang dipersoalkan oleh collector sepertimana yang kami sebutkan didalam artikel Kejutan Terbesar dari BNM 2017. Isu mengenai harga, rekabentuk dan juga mintage adalah isu utama bagi para collector.

Anda boleh mengundi dan memberikan pendapat anda disini:

Kepada yang masih tak tahu, pada 29 Disember 2017, BNM telah mengumumkan jualan syiling dan wang peringatan secara online dan anda sudah boleh mula membuat tempahan sejak 29 Disember lagi. Tempahan akan ditutup 19 Januari 2018, pukul 1.00 petang.

Orang ramai boleh membuat tempahan mereka di duit.bnm.gov.my.