Jumaat, 8 September 2017

Data agihan Syiling Sukan SEA 2017

Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk berkongsi maklumat mengenai keputusan penuh jumlah pembahagian duit syiling peringatan Sukan SEA 2017 untuk setiap Pejabat BNM adalah sesuatu yang wajar dipuji. Jika sebelum ini kita hanya boleh membuat andaian mengenai agihan jualan duit syiling peringatan, kali ini kita dapat melihat jumlah yang tepat dikongsi oleh BNM.

Syiling Sukan SEA

Hari ini, BNM telah mengumumkan Keputusan tempahan syiling Sukan SEA 2017. Pemenang tempahan duit syiling peringatan Sukan SEA 2017 yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling peringatan mereka dari 8 hingga 12 September 2017 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (setiap hari, termasuk pada hujung minggu dan hari cuti umum) dan di pejabat Bank di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (bekerja biasa hari).

Berikut merupakan data agihan Syiling Sukan SEA 2017 mengikut Pejabat BNM dan jumlah sebenar duit syiling yang dijual kepada orang ramai:

keputusan penuh jumlah pembahagian duit syiling peringatan Sukan SEA 2017:
Pejabat BNM Set of 2 Single Coincard
Sasana Kijang635 313 2756
Pulau Pinang 195 111 914
Johor Bahru 109 59 503
Kota Kinabalu 99 51 418
Kuching 56 37 344
Kuala Terengganu 50 29 205
JUMLAH 1144 600 5140

Data ini hanyalah berdasarkan keputusan pada 8 September, ada kemungkinan ramai daripada collector yang tidak akan datang mengambil duit syiling mereka kerana hanya mendapat 3 keping coincard atau kurang. 

Daripada data yang dikongsi BNM, Sasana Kijang mendapat jumlah agihan syiling peringatan yang tertinggi dan Pejabat BNM Kuala Terengganu adalah paling sedikit jumlahnya.

Jadual agihan

Teori rakan-rakan yang mengatakan ramai pembeli dari luar negara (Singapura) membeli syiling Malaysia di Johor mungkin tidak kelihatan berdasarkan jumlah yang agak sedikit tetapi kemungkinan ianya berlaku juga ada. Ia tidak dapat disahkan kerana tidak ada maklumat pasport/kad pengenalan disertakan didalam maklumat pdf yang dibekalkan BNM.


Daripada data yang diberikan, kita dapat melihat BNM telah menjual hampir keseluruhan duit syiling (kecuali coincard) kepada pembeli:
  • Syiling set 2 dalam 1 - 88% (1144 daripada 1300)
  • Syiling single silver  - 86% (600 daripada 700)
  • Coincard - 40% (5140 daripada 13,000)

Jumlah yang lain ada kemungkinan diberikan kepada VVIP dan juga jualan dalaman kepada kakitangan BNM sendiri. Namun, jumlah jualan untuk coincard adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah coincard yang dilancarkan.