Sabtu, 31 Disember 2016

Syiling 125 tahun Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Pada 14 Oktober 2010, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri, bertempat di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab, Kuala Lumpur telah melancarkan syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-125 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

syiling jupem

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan imej juruukur JUPEM sedang menjalankan kerja-kerja ukur menggunakan teodolit dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling peringatan ini. Alat ini digunakan untuk mengukur nilai sudut dan ruang yang mendatar atau rangkaian antara tanda ukur. Alat ini juga digunakan untuk menentukan arah garis penglihatan dalam pengukuran. Nama "Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia" tertera pada bahagian bawah duit syiling, manakala perkataan "125 Tahun" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling tersebut.

JUPEM logo

Bahagian belakang duit syiling memaparkan logo rasmi JUPEM dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling, manakala perkataan "Bank Negara Malaysia" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Tahun "1885-2010" tertera di bawah logo, manakala nilai muka duit syiling dipaparkan pada bahagian bawah reka bentuk duit syiling.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 15 Oktober 2010 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Syiling RM1 Emas Nordic 125 tahun Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
1 ringgit jupem

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) 125 tahun Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
silver jupem

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) 125 tahun Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM)
gold jupem

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 150 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 250 set.
Harga Jualan BNM: RM1,450
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.