Sabtu, 31 Disember 2016

Syiling 50 tahun World Wide Fund (WWF)

Pada 24 November 2011, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature (WWF), Bank Negara Malaysia mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan pada hari ini oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan, bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

50 tahun wwf

Pada sekeliling permukaan bahagian hadapan duit syiling terpapar imej spesies haiwan negara yang terancam seperti harimau, badak sumbu, tapir, gajah dan penyu. Pada bahagian tengah duit syiling ini dipaparkan imej hutan yang penting untuk kewujudan hidupan liar. Imej itu juga melambangkan usaha WWF dalam perlindungan alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar yang terancam dan habitat hutan di Malaysia. Perkataan “Ulang Tahun Ke-50” adalah untuk memperingati 50 tahun usaha WWF menangani isu-isu alam sekitar, manakala tahun “1961-2011” menandakan tempoh penubuhan WWF.

wwf logo

Pada bahagian belakang duit syiling dipaparkan tanda dagangan berdaftar serta logo organisasi iaitu “WWF” dan beruang Panda. Perkataan “Bank Negara Malaysia”, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan, tertera pada bahagian atas duit syiling. Denominasi duit syiling tersebut pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling. Imej dan siluet bunga Rafflesia Azlanii, iaitu bunga yang unik bagi Malaysia, dipaparkan pada bahagian kiri syiling tersebut.

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan mula dijual pada 25 November 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), dan pejabat perwakilan dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.


Syiling RM1 Emas Nordic 50 tahun World Wide Fund (WWF)
1 ringgit wwf

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas Nordic - Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM10
Harga pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Syiling RM10 perak (peruf) 50 tahun World Wide Fund (WWF)
10 ringgit wwf

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Perak (Ag92.5)
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 350 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Emas (peruf) 50 tahun World Wide Fund (WWF)
100 ringgit wwf

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Logam: Emas (Au999.9)
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 250 keping.
Penempa:Bank Negara Malaysia.
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,800
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Peruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM200
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Peruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 300 set.
Harga Jualan BNM: RM2,000
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.