Isnin, 26 September 2016

Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV

Pada 22 Jun 2012, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Syiling peringatan tersebut dikeluarkan dalam bentuk; 1 Ringgit emas nordic, 10 Ringgit Perak (pruf) & 100 Ringgit Emas (pruf). Kesemua duit syiling ini adalah adalah sah diperlakukan (legal tender) di Malaysia. Ianya telah dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada hari pelancaran.

Sultan Abdul Halim

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV, dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Nama penuh Seri Paduka Baginda tertera pada bahagian lilitan duit syiling.

istana negara

Reka bentuk utama bahagian belakang duit syiling memaparkan imej Istana Negara yang baharu dan lambang kebesaran diraja. Perkataan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nama Bank Negara Malaysia, pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dan nilai muka duit syiling ini dipaparkan pada bahagian bawahnya.


Syiling RM100 Emas (pruf) Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XIV

100 Ringgit

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Gold Proof
Logam: Gold (Au999.9)
Nilai Muka(RM): 100
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Garis Pusat (mm): 22.00
Berat(g): 7.96
Bentuk: Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM1,800.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Syiling RM10 Perak (pruf) Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XIV

syiling kedah

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag92.5)
Nilai Muka(RM): 10 Ringgit
Kuantiti Tempaan (keping/set): 600
Garis Pusat (mm): 35.7
Berat(g): 21.00
Bentuk: Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM150.
Harga Pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling RM1 Emas Nordic Pertabalan Yang Di Pertuan Agong XIV

RM1 emas nordic

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 Ringgit
Kuantiti Tempaan (keping/set): 15,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.8
Bentuk: Bulat dengan sisi bergerigi
Harga Jualan: RM10.
Harga Pasaran semasa: (rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM150
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)

Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM2,000
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan dijual pada 22 Jun 2012 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) di Sasana Kijang, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.