Selasa, 19 Ogos 2014

Bukan semua syiling boleh buat untung

Pada ketika ini, ramai bukan collector yang menyertai hobi mengumpul duit lama sebagai salah satu cabang pelaburan mereka. Ianya adalah suatu yang bagus untuk komuniti numismatik Malaysia kerana makin ramai yang ikut serta makin meriah suasana numismatik di Malaysia. Namun, ramai daripada mereka yang tidak tahu bukan semua syiling boleh buat untung.

Malaysia coin

Kebanyakkan daripada mereka ini tidak membuat kajian terperinci terlebih dahulu malahan ada yang tidak mempelajari ilmu numismatik sebelum menceburi bidang ini. Bagi mereka, terjun sahaja dan ambik apa yang ada didepan mata. Asalkan penjual kata item ini boleh jual harga tinggi masa depan, mereka akan beli. Asalkan kawan-kawan kata duit syiling ini boleh jual harga tinggi besok, mereka akan beli. Lihat sahajalah apa yang terjadi semasa jualan Syiling 40 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China, kecoh macam orang nak beli tiket bola.

Ada di antara mereka yang ingat, beli simpan setahun kemudian, boleh untung sekali ganda, simpan dua tahun, untung dua kali ganda. Lihat sahaja apa yang terjadi dimana ramai daripada mereka ini yang menjual Syiling Peringatan 50 tahun Malaysia pada harga jualan BNM didalam Facebook. Harga berbeza RM1-30 bagi saya tak berbaloi dengan masa yang terbuang nak berbaris, bangun awal pagi dan setengah hari di hari jualan BNM. Dah letak berbulan-bulan pun masih susah nak jual. Kenapa?

Ramai daripada bukan collector yang ingat, "BELI DUIT LAMA/SYILING PERINGATAN PASTI UNTUNG BERLIPAT GANDA!".

Berita-berita numismatik di luar negara dimana syiling peringatan yang dijual pada harga lebih dua kali ganda sebaik syiling diperolehi menyebabkan bukan collector beranggapan perkara yang sama terjadi di Malaysia. Realitinya? Bukan semua duit syiling peringatan yang baru sahaja dijual oleh BNM akan menjadi Hot item. Jika semua collector telah mendapat syiling peringatan yang mereka mahu, siapa lagi yang akan membeli syiling yang anda ada? Muzium?

Jadi, syiling peringatan bagaimanakah yang akan menjadi Hot Item kepada collector?

Saya tidak akan kongsikannya disini sebab saya sudah banyak kali bercakap mengenainya di dalam blog ini dan juga blog lunaticg.blogspot. Buat kajian anda sendiri dan rajin-rajinlah membaca jika anda tak mahu "duit" anda terperam lama-lama tanpa untung sesen pun.

Jual beli duit lama walau nampak mudah tetapi ada banyak perangkap yang tidak dapat dilihat oleh bukan collector. Perkara paling mudah untuk anda lihat adalah jumlah mintage/keluaran syiling tersebut, adakah ianya memenuhi permintaan atau lari jauh darinya.

Sebagai contoh, jumlah coincard yang mencapai sehingga 25 ribu keping, adakah itu satu jumlah yang munasabah untuk anda membelinya untuk membuat pelaburan ataupun tidak? Namun, anda juga perlu pandai menghidu, adakah BNM betul-betul mengeluarkan sehingga 25 ribu keping coincard untuk satu-satu siri tersebut?

Sebagai contoh lagi, adakah berbaloi untuk membeli '1 set syiling 3 dalam 1' atau '10 set syiling 2 dalam 1' untuk pelaburan. Set syiling yang manakah yang boleh memberikan keuntungan yang maksimum setiap kali adanya jualan syiling peringatan yang baru?

Sebagai pelabur, anda perlu fikirkan keuntungan bukannya ikut cakap orang lain sahaja. Oleh itu, kajian dan ilmu pengetahuan perlu anda jalankan sendiri. Jangan tanya saya sebab saya bukanlah seorang yang pakar.

Saya hanya membincangkan mengenai duit syiling peringatan, sebelum ini saya ada bincangkan serba sedikit mengenai duit lama di dalam artikel; tak semua wang lama boleh dijual. Artikel lain tu, anda carilah sendiri.

Itu belum lagi saya masuk bab mengenai duit syiling edaran yang telah dislab/telah digred oleh NGC, PCGS.

Nak bercakap dalam artikel ni mengenai untung rugi dalam duit lama ni memang tak akan habis.

Namun, jika anda ada ilmu yang cukup, memang boleh buat untung didalam hobi ni.