Selasa, 19 Februari 2013

Tak semua wang lama boleh dijual

Pelik tetapi benar, "tak semua wang lama boleh dijual".

Kebanyakan bukan collector salah faham, nampak sahaja wang lama bermakna ada peluang untuk buat untung dan dapat duit lebih banyak.

Kepada bukan collector yang masih baru lagi di blog saya ni, sila baca dahulu post saya; 10 Panduan terbaik untuk pengumpul baru. Baca dan fahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan didalm post tu. Memanglah, anda semua tak berminat nak mengumpul duit lama, hanya berminat nak jual tetapi nak jual barang, anda kena ada ilmu serba sedikit juga. Takde ilmu macamana anda nak cerita dengan pelanggan jika ada soalan?

duit amerika

Itu belum masuk jual collection yang dia ada tapi tak tahu nak letak harga berapa, lepas tu tanya saya harga barang koleksi dia berapa. Saya dah penat menjawab soalan sebegini, dari tahun 2008 lagi itu sahajalah soalan yang popular, "Berapa harga duit lama saya?". Minta maaf, kalau ada nak tanya saya pun saya takkan jawab dah, penat. Kalau nak tahu juga, baca, belajar. Sampai bila-bila pun anda tidak ada ilmu jika malas membaca. Nak harapkan info yang dapat daripada Facebook dan rumours dari sumber-sumber yang rapat dengan anda sahaja. Sampai bila begitu?

Saya sendiri pun bukannya pakar dan masih banyak yang saya perlu belajar.

Kenapa saya katakan tidak semua wang lama itu boleh dijual dengan harga yang tinggi daripada nilai mukanya? Ooops.., sebelum nak sambung cerita, ada satu post lagi yang anda perlu baca supaya anda faham sebab-sebab duit syiling itu boleh mendapat harga yang tinggi dikalangan peminat numismatik; 7 Sebab kenapa duit lama berharga tinggi.

Ada ramai yang bertanya kepada saya kenapa duit mereka tidak diterima oleh kedai menjual duit lama dan juga pembeli.

Apabila saya bertanya apa yang ingin dijual oleh mereka, ramai yang menjawab duit lama daripada Amerika Syarikat (USA), duit Arab, duit malaya, duit sepanyol lama dan juga bermacam lagi "duit lama". Sebenarnya duit-duit tersebut tidak ada nilai dari wang kepada penjual-penjual tersebut. Jika anda tak faham, sila baca sekali lagi link post yang saya bagi kat atas, 7 Sebab kenapa duit lama berharga tinggi.

Duit USA dan duit sepanyol takde harga? Kalau kat internet, boleh tengok harga yang terjual tu berjuta-juta US dollar, kenapa takde harga pulak?

Jika duit yang ada tu tulen bukan duit palsu, mungkinlah ada harga tapi kalau yang ditunjukkan itu duit palsu, nak jual RM100 pun orang tak mau.

Anda juga kena ingat, tak semua duit syiling yang sama rupa bentuknya itu, harganya juga adalah sama. Jika anda mempunyai duit syiling Amerika flowing hair dollar tahun 1796 (yang ternyata palsu sebab tahun itu tidak ada syiling sebegini ditempa), tidak bermakna harganya sama dengan flowing hair dollar 1794 yang mendapat harga lebih dari 10juta $US Dollar.

Jika anda nak jual kepada peniaga duit lama pula, anda perlu ingat mereka itu Kedai penjual duit lama, takkan nak suruh mereka terima dengan harga pasaran? Harga yang mereka terima mesti lebih murah daripada harga pasaran, lebih kurang 40-70%. Ini diantara sebab-sebab kenapa mereka tidak mahu membeli duit anda:
  • Mereka mempunyai stock yang banyak untuk duit itu.
  • Duit yang anda ada adalah palsu.
  • Duit yang anda ada tidak laku dipasaran numismatik Malaysia.
  • Duit yang anda ada grednya sangat teruk, telah dicuci dsbnya.
  • Harga yang anda minta terlalu tinggi.
  • Duit luar negara biasanya hanya bernilai Face value sahaja.
  • Walau duit anda tulen, ada jenis-jenis duit lama yang sukar untuk dijual sebab kurang peminat.


Tidak semua wang lama itu boleh dijual dipasaran numismatik Malaysia.