Tuesday, February 26, 2013

Saya bukanlah seorang yang pakar

Oops..., dah kantoi.... Satu Malaysia dah tahu lunaticg bukanlah seorang yang pakar dan bukan seorang otai.

Jadi tak perlulah ikut sebarang nasihat saya kat dalam ni kalau anda rasakan apa yang saya kongsikan didalam post ini sesuatu yang tidak berguna buat anda kan?

Ehhhhh? Saya ada paksa sesiapa baca post saya ke? Saya tak pernah suruh pun baca artikel-artikel yang ada didalam blog-blog saya kepada sesiapa. Kalau rasa panas P****q tu sebab terasa dengan kata-kata pedas dari artikel-artikel saya, terima kasih. Macam saya pernah tulis dulu, siapa makan cili dialah terasa pedasnya. Saya tak perlu tulis nama, dalam artikel-artikel sebelum ni pun tak pernah tulis nama sesiapa, malam ni mesti kawan-kawan Facebook akan jumpa cacing kepanasan kat mana-mana. Hahahahaha....

Setakat nak tunjuk samseng dan bersuara didalam Facebook saja buat apa? Budak 10 tahun pun boleh buat. Ilmu tu kasi cukup dulu kalau rasa pedas tak boleh terima pendapat orang lain. Bercakap pung pang pung pang tapi cuma nak orang terima pendapat dia sorang jer.

pakar numismatik

Seingat saya, saya tak pernah mengaku sebagai pakar ataupun juga otai dimana-mana; Blog, Facebook, Twitter, Forum atau kehidupan sebenar. Saya sememangnya bukan seorang pakar numismatik dan bukanlah seorang yang lama sangat dalam hobi ni.

Saya mula mengumpul sejak tahun 1992 dan berhenti sekejap pada tahun 1995. Pada tahun 2000 apabila saya sudah mula bekerja di Pulau Pinang, saya bermula semula. Pada ketika itu, duit syiling Straits Settlements yang agak mudah didapati di Pulau Pinang menarik minat saya. Sehingga kini pun saya masih berminat dengan Straits Settlements, cuma kekangan budget yang perlu pergi kepada duit-duit lain membuatkan saya lupa seketika kepada Straits Settlements.

Saya mula menggunakan nama pena lunaticg didalam numismatik sejak saya mula menjual duit lama di lelong.com.my pada tahun 2003. Saya bukannya baru menulis, saya ada banyak nama pena yang saya tidak perlu kongsikan disini. Saya dulu suka ikut serta didalam ruangan forum utusan dan memberi komen-komen pedas terutamanya mengenai isu PATI di Sabah dan juga hal ahli politik yang tahu berpolitik tetapi tidak membuat kerja kepada rakyat. Pada tahun 2006, saya mula berhenti menulis apabila saya dapati ada artikel saya yang diplagiat oleh Wartawan Utusan sebagai artikel mereka, tiru 100%. Sejak itu juga saya tak pernah berminat nak baca utusan.

Saya mula menulis blog pada tahun 2008, pada ketika itu hanya ada beberapa blog numismatik Malaysia yang aktif. Saya memang tidak tahu apa berkenaan dengan blog dan sememangnya tidak tahu nak tulis apa didalam artikel-artikel saya. Namun, kata-kata seorang pembaca yang berkongsi dengan saya bagaimana dia bermula mengumpul duit lama apabila terjumpa blog saya menguatkan semangat saya untuk menulis. Apabila saya kongsi mengenai rakan-rakan di bagan yang menjual duit lama dan ada pelancong yang datang kepada mereka bersama gambar dari blog saya turut menaikkan semangat saya untuk menulis.

Saya menulis blog berdasarkan apa yang saya baca dan diceritakan oleh rakan-rakan collector lain. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mahu mendedahkan nama mereka di Internet kerana sebab-sebab yang saya rasakan anda boleh fikirkan sendiri. Ilmu yang saya ada amatlah sedikit berbanding dengan orang lain.

Saya tak suka berkongsi koleksi yang saya ada kepada sesiapa. Didalam menulis artikel, saya cuba seberapa daya untuk tidak berkongsi apa-apa koleksi yang saya ada. Kenapa? Bukanlah koleksi itu sepatutnya dikongsi dengan orang lain? Nanti orang lain cakap cikai pulak sebab tak tunjuk koleksi yang hebat-hebat. Nak orang panggil sebagai otai kena tunjuk koleksi yang hebat-hebat kan? Hahahaha.... Itulah yang asyik bermain difikiran kebanyakan dari pengumpul duit lama muda. Asyik-asyik nak tunjuk koleksi, buat blog pun tunjuk koleksi jer, cukup bagi orang tengok. Ada banyak keburukannya anda berkongsi koleksi yang anda ada dengan orang lain. Nantilah apabila saya ada masa saya akan ceritakan.

Duit syiling 10 sen 1971 palsu? CR palsu? Bagi saya cerita-cerita palsu ni kalau tak serupa dengan yang tulen tu baik tak payah kongsi. Buat malu diri sendiri jer. Nak cerita pasal ni lagi ke?

Sebenarnya ada banyak lagi isu-isu numismatik lain yang lebih gempar dan menarik daripada cerita newbies pondan tersebut. Saya tak boleh kongsikan sebab tidak mendapat kebenaran daripada sumber-sumber yang saya ada. Itulah masalahnya menjadi blogger numismatik yang betul-betul mengikut etika kewartawanan. Saya masuk rumah orang saya bagi salam, minta izin dulu kalau nak ambik gambar. Kalau saya ambik gambar orangnya, saya akan tanya dia sendiri jika saya boleh postkan gambar tersebut ke blog. Dulu ada kawan-kawan saya yang minta saya ambil gambar KN Boon, selepas saya ambik gambar, saya tanya dia boleh share dengan pembaca saya ke tidak. Dia tidak izinkan dan saya terima serta ikut. Walaupun kesian kat kawan-kawan yang tak pernah berjumpa sendiri atau melihat gambar sifu kita yang seorang ni. Itu hak privasi mereka, sebagai blogger yang beretika saya kena hormat hak orang lain.

Namun, apabila orang lain tersebut telah cuba untuk merosakkan hobi numismatik, mereka tidak ada hak apa-apa. Saya perlu beritahu dengan semua orang apa yang berlaku sebenarnya. Jika mereka kata mereka berhak mengutarakan pendapat, kenapa saya tak boleh mengutarakan pendapat saya juga? Saya tak pernah sebut nama sesiapa tapi masih ada yang terasa, terima kasih.

Kalau rasa "Panas P****q" baca artikel-artikel saya lain kali jangan baca, kan senang. 

Saya bukanlah seorang yang pakar, juga bukan seorang otai.