Saturday, August 30, 2014

Koleksi lengkap duit syiling Merdeka Malaysia

Hari ini kita menyambut Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-57 tahun dan pada 16 September kita akan menyambut Hari Penubuhan Malaysia yang ke 51 tahun. Sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi tadi sangat meriah dengan lebih 14,000 sukarelawan membantu menjayakan sambutan Hari Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tema merdeka tahun ini, Malaysia.., disini lahirnya sebuah cinta mengingatkan kita betapa kita perlu menanamkan semangat cintakan negara didalam diri kita dan keluarga.

syiling Merdeka

Hari ini saya bukan mahu bercakap panjang mengenai kemerdekaan tetapi bercakap mengenai Syiling Peringatan yang memperingati Sambutan Kemerdekaan Malaysia. Saya lihat apabila menjelangnya merdeka, ramai yang ingin berkongsi Koleksi duit syiling Merdeka Malaysia, ada yang sehingga sanggup menelefon akhbar untuk dimasukkan mengenai cerita syiling mereka. Namun, ada info-info yang dikongsi oleh mereka yang bukan collector ini kurang tepat.

Artikel ini adalah mengenai koleksi lengkap duit syiling Merdeka Malaysia beserta dengan maklumat mengenai duit syiling tersebut. Kepada pengumpul syiling Merdeka, bukan kesemua syiling diperbuat daripada perak, syiling 1 ringgit bersaiz besar itu biasanya diperbuat daripada Copper-Nickel. Sila baca maklumat yang diberikan didalam artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai syiling Merdeka.

Syiling Merdeka pertama
Syiling peringatan dengan tema kemerdekaan yang pertama dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia adalah Syiling 1 Ringgit 20 tahun Merdeka yang diperbuat daripada Copper Nickel. Syiling ini dibuat di Franklin Mint, Amerika Syarikat dengan jumlah tempaan 500,000 keping untuk syiling kilatan Brilliant Uncirculated dan 3100 keping untuk syiling Proof. Muka hadapan syiling tersebut memaparkan potrait Yang Dipertuan Agong yang pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.

Syiling 1 Ringgit 20 Tahun Merdeka
20 Tahun Merdeka

Logam: Copper-Nickel
Tahun: 1977
Berat: 16.80g
Diameter: 33.40mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 1 Ringgit 20 tahun Merdeka

Berikut dipaparkan Koleksi lengkap duit syiling Merdeka Malaysia:

Syiling 1 Ringgit 25 Tahun Merdeka
25 Tahun Merdeka

Logam: Copper-Nickel
Tahun; 1982
Berat: 16.80g
Diameter: 33.40mm


Syiling 25 Ringgit 25 Tahun Merdeka
25 Ringgit

Logam: .500 Perak
Tahun: 1982
Berat: 35.00g
Diameter: 42.50mm


Syiling 100 Ringgit 25 tahun Merdeka
Malaysia gold coin

Logam: .900 Emas
Tahun: 1982
Berat: 10.26g
Diameter: 26.50mm


Syiling $1 ringgit Copper-Zinc 30 tahun merdeka
rm1 merdeka

Tahun: 1987
Logam: Copper-zinc
Berat: 9.00g
Diameter: 24.50mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 30 tahun Merdeka


Syiling $10 ringgit perak 30 tahun merdeka
rm10 merdeka

Tahun: 1987
Logam: .500 perak
Berat: 10.82g
Diameter: 27.70mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 30 tahun Merdeka


Syiling $250 ringgit emas 30 tahun merdeka
merdeka gold

Tahun: 1987
Logam: .900 emas
Berat: 7.43g
Diameter: 25.25mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 30 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic 45 Tahun Merdeka
RM1 Emas

Tahun: 2002
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 9.16g
Diameter: 30.00mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 45 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM10 Perak Peruf 45 Tahun Merdeka
RM10 Perak

Tahun: 2002
Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.7 gram
Diameter: 35.7 mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 45 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM100 Emas Peruf 45 Tahun Merdeka
RM100 Emas

Tahun: 2002
Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 8.6 gram
Diameter: 22.00mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 45 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM1 Emas Nordic 50 Tahun Merdeka

Tahun: 2007
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.80g
Diameter: 30.00mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM10 Perak Peruf 50 Tahun Merdeka

Tahun: 2007
Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.7 mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Merdeka


Syiling Peringatan RM100 Emas Peruf 50 Tahun Merdeka
50 Tahun Merdeka

Tahun: 2007
Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Merdeka


Syiling Peringatan 16 September-Hari Penubuhan Malaysia
Satu-satunya syiling yang dibuat untuk memperingati hari penubuhan Malaysia yang jatuh pada 16 September 1963 adalah Syiling 50 tahun Hari Penubuhan Malaysia. Syiling ini juga adalah syiling pertama Malaysia yang menggunakan warna pada permukaan duit syiling dengan melakarkan bendera Malaysia berwarna pada permukaan syiling perak.

Syiling 1 Ringgit 50 tahun Penubuhan Malaysia
50 tahun

Tahun: 2013
Logam: Nordic Gold
Diameter: 30.0mm
Berat: 8.5g
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Hari Malaysia


Syiling 10 Ringgit 50 Tahun Penubuhan Malaysia
Penubuhan Malaysia

Tahun: 2013
Logam: .999 Perak
Diameter: 40.7mm
Berat: 31.1g
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Hari Malaysia


Syiling 100 Ringgit 50 Tahun Penubuhan Malaysia
50 Tahun Malaysia

Tahun: 2013
Logam: 999.9 Emas
Diameter: 22.0mm
Berat: 7.96g
Info lanjut sila baca artikel: Syiling Peringatan 50 tahun Hari Malaysia


Pendapat peribadi saya, kerajaan sepatutnya menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 16 September setiap tahun dan bukannya 31 Ogos. 31 Ogos adalah hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sambutan pada 31 Ogos seolah-olah meletakkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia sebagai suatu yang tidak penting bagi kemerdekaan negara ini. Walhal, apa yang membentuk Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan juga Sarawak. Jika Kerajaan benar-benar serius untuk memastikan keharmonian negara ini terus terjamin, sewajarnya mereka melihat kesilapan yang mereka lakukan bertahun-tahun dan memperbaikinya bukannya menutup sebelah mata.