Saturday, August 16, 2014

Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta

"Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta" adalah Lagu Tema Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dinyanyikan oleh Bob Yusof, lirik lagunya ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagunya dicipta oleh Sharon Paul. Tema kemerdekaan Malaysia 2014 di ambil daripada baris lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Lagu ini dipilih kerana ianya dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara di dalam jiwa rakyat Malaysia. Ia juga diharap dapat memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat. Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang.

Merdeka 2014

Pada tahun ini, Logo Merdeka 2014 dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57. Ianya dihasilkan oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman.






Lirik: Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya