Ahad, 9 Oktober 2016

Duit syiling peringatan 50 tahun TUDM

Pada 2 Jun 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan Duit syiling peringatan 50 tahun TUDM bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pelancaran duit syiling ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’In Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’Adzam Shah selaku Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Tiga jenis duit syiling peringatan dikeluarkan oleh BNM; RM100 emas pruf, RM10 perak pruf dan juga RM1 emas Nordic. Ianya mula dijual di kesemua cawangan BNM seluruh negara pada hari yang sama.

Sukhoi Su-30MKM

Reka bentuk sebelah hadapan duit syiling ini memaparkan transformasi pesawat TUDM, yang dilambangkan oleh pesawat pertama TUDM iaitu "Twin Pioneer" dan pesawatnya yang terbaharu dibeli iaitu "Sukhoi Su-30MKM". Garisan yang menyambungkan kedua-dua pesawat ini memaparkan perkembangan yang telah dilalui oleh TUDM sepanjang 50 tahun dalam sejarah penerbangan. Perkataan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia serta tahun 1958 dan 2008 pula tertera pada bahagian sisi duit syiling tersebut, yang memperlihatkan pencapaian TUDM.

logo TUDM

Reka bentuk sebelah belakang pula memaparkan tanda kebesaran TUDM pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA tertera pada bahagian sisi atas duit syiling, manakala nilai mukanya tertera pada bahagian sisi bawah duit syiling.

Syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM):

Syiling RM1 Emas Nordic 50 tahun TUDM
syiling tudm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 8.8g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 10,000 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM10 pruf perak 50 tahun TUDM
duit tudm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak Sterling pruf
Berat: 21.00 gram
Diameter: 35.70mm
Tempaan: 350 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM138
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling RM100 pruf emas 50 tahun TUDM
duit emas tudm

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 7.96 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 100 keping.
Penempa: Bank Negara Malaysia
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,028
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 200 set.
Harga Jualan: RM188
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 150 set.
Harga Jualan: RM1,438
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan dijual pada 2 Jun 2008 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan di cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.