Jumaat, 6 Mei 2022

Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO

Pada 28 Oktober 2021, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ke-50 tahun.

Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Malaysia ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi; 10 Ringgit Perak Sterling Berwarna dan 1 Ringgit Emas Nordic.

Jubli Emas PERKESO

Rekabentuk hadapan duit syiling memaparkan imej payung terbuka dari pandangan atas dengan 50 figura monogram yang diolah daripada logo rasmi PERKESO, yang melambangkan 50 tahun sumbangan PERKESO dalam memberikan perlindungan kepada rakyat. Tulisan “SAMBUTAN JUBLI EMAS PERKESO” dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, manakala tema sambutan “PRIHATIN LIMA DEKAD DAN SELAMANYA” pula dipaparkan pada sisi bahagian bawahnya.

PERKESO logo


Rekabentuk belakang memaparkan tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, disusuli oleh logo rasmi sambutan PERKESO50 pada bahagian tengah dengan latar belakang reka bentuk gelombang tiga dimensi. Nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT pula masing-masing dipaparkan pada sisi bahagian bawah duit syiling. 


Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Perak Sterling Berwarna

Duit PERKESO


Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Emas Nordic

Syiling PERKESO

coin perkeso


Spesifikasi Teknikal:

Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)

Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)

Nota: Harga yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.