Selasa, 2 November 2021

Pelancaran Syiling 75 tahun JPJ

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-75.

syiling JPJ


Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YBhg. Dato' Zailani Hj.Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi; 10 Ringgit Perak Sterling Berwarna dan 1 Ringgit Emas Nordic.


duit JPJ


Rekabentuk hadapan duit syiling memaparkan imej pelekat cukai jalan dengan nombor plat JPJ 75 menyorot fungsi utama JPJ dalam mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor. Imej stereng kenderaan dengan logo JPJ pada bahagian tengah duit syiling pula menggambarkan kawalan dan hala tuju agensi untuk terus mara ke hadapan. Tulisan "JABATAN PENGANGKUTAN JALAN" dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling. 

Duit JPJ 75 tahun


Rekabentuk belakang memaparkan logo rasmi sambutan JPJ75 dipaparkan pada bahagian tengah berlatarbelakangkan reka bentuk papan litar. Rekaan ini merupakan simbol hala tuju JPJ ke arah pemodenan dan pendigitalan. Slogan rasmi sambutan, iaitu "DIGITALISASI MELESTARI INTEGRITI" diletakkan di bawah logo sambutan, manakala nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT masing-masing tertera pada sisi bahagian bawah duit syiling. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling. 


Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Perak Sterling Berwarna

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)


Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nodic (B.U). Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan. Maklumat lanjut tentang pesanan, pembayaran dan penghantaran akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui pengumuman menerusi laman web BNM pada 17 November 2021.