Khamis, 16 Disember 2021

Pelancaran Syiling 25 tahun LFSA Labuan

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) Ke-25.

Syiling LFSA Labuan


Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YBM Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi; RM10 Perak Sterling Berwarna dengan Batu Nilam (pruf) dan RM1 Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U).

Syiling Labuan


Nama “LABUAN FINANCIAL SERVICES AUTHORITY” dipaparkan pada sekeliling bahagian kiri, manakala bahagian kanan duit syiling pula tertera “1996-2021” menandakan 25 tahun penubuhan LFSA. Peta Labuan ditampilkan dengan permukaan 3D potongan berlian. Pada duit syiling perak sterling terdapat sisipan batu nilam yang menandakan lokasi Ujana Kewangan Labuan, iaitu ibu pejabat LFSA. Bentuk geografi ini melambangkan landskap kewangan Labuan daripada pelbagai aspek dan kepentingannya kepada ekonomi Labuan serta peranan utama yang dimainkan oleh LFSA sebagai badan pengawal selia yang menguatkuasakan undang-undang IBFC.

Syiling 25 tahun LFSA


Nama “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sekeliling bahagian atas duit syiling, disusuli dengan logo rasmi LFSA25 pada bahagian tengahnya. Nilai muka “10 RINGGIT” dan slogan acara LFSA25, “A Journey of Dedication, Determination and Dynamism”, pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.



Duit Syiling Peringatan 25 tahun LFSA Labuan Perak Sterling Berwarna dengan Batu Nilam (pruf)

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna dengan Batu Nilam (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM286 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 25 tahun LFSA Labuan Emas Nordic

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM341 (termasuk 10% SST)


Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nodic (B.U). Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan. 

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai 10.00 pagi, Isnin, 14 Februari 2022 hingga 11.00 malam, Jumaat, 25 Februari 2022.