Khamis, 28 Oktober 2021

Pelancaran Syiling 50 tahun PERKESO

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Ke-50 tahun.

Duit PERKESO


Duit syiling peringatan yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Malaysia ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi; 10 Ringgit Perak Sterling Berwarna dan 1 Ringgit Emas Nordic.

Syiling Perkeso
Rekabentuk hadapan duit syiling memaparkan imej payung terbuka dari pandangan atas dengan 50 figura monogram yang diolah daripada logo rasmi PERKESO, yang melambangkan 50 tahun sumbangan PERKESO dalam memberikan perlindungan kepada rakyat. Tulisan “SAMBUTAN JUBLI EMAS PERKESO” dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, manakala tema sambutan “PRIHATIN LIMA DEKAD DAN SELAMANYA” pula dipaparkan pada sisi bahagian bawahnya. 
syiling BNM


Rekabentuk belakang memaparkan tulisan “BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada sisi bahagian atas duit syiling, disusuli oleh logo rasmi sambutan PERKESO50 pada bahagian tengah dengan latar belakang reka bentuk gelombang tiga dimensi. Nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT pula masing-masing dipaparkan pada sisi bahagian bawah duit syiling.

Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Perak Sterling Berwarna

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Perak Sterling Berwarna (pruf)
Logam: Perak Ag 92.5
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 1,000
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31
Harga Jualan BNM: RM253 (termasuk 10% SST)


Duit Syiling Peringatan 50 tahun PERKESO Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM13.20 (termasuk 10% SST)



Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 1,000 set.
Harga Jualan BNM: RM308 (termasuk 10% SST)


Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set 2 dalam 1, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nodic (B.U). Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan. Maklumat lanjut tentang pesanan, pembayaran dan penghantaran akan dimaklumkan kepada orang ramai melalui pengumuman menerusi laman web BNM pada 17 November 2021.