Khamis, 24 Oktober 2019

Wang kertas terbesar didunia dijual RM13,000

Wang kertas terbesar didunia dijual pada harga RM13,000 di dalam acara lelongan Trigometric Sdn Bhd di Hotel Hilton, Petaling Jaya hari ini. Wang kertas yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 itu dijual oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada harga RM1,700 lebih kurang 2 tahun yang lalu.

Wang kertas rm600

Lot 0496 yang mengandungi wang kertas peringatan RM60 & RM600 Ringgit itu mempunyai nombor yang sama MRR 0002897 dan telah di gred oleh Paper Money Guaranty (PMG) sebagai 67EPQ dan 68EPQ.

Selain itu, wang kertas peringatan RM60 (lot 0489) yang ditandatangani oleh bekas gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim dengan nombor siri MRR 0003993 dan gred PMG 67EPQ dijual pada harga RM2,600 (tanpa premium pembeli). Selepas itu, satu lagi wang kertas peringatan RM60 (lot 0491) dengan nombor siri MRR 0002727 dan gred PMG 68EPQ dijual pada harga RM3,200 (tanpa premium pembeli).

Untuk rekod, sekeping wang kertas peringatan RM600 (lot 0495) juga dijual pada harga RM9,000 (tanpa premium pembeli). Wang kertas tersebut mempunyai nombor siri MRR 0002019 dan digred PMG 64UNC.

Sekeping syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel yang telah di gred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai MS 62BN hanya berjaya dilelong pada harga RM13,200 (termasuk premium pembeli).

1 sen 1970

5 tahun yang lalu, sekeping syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel telah berjaya dilelong pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Syiling tersebut sehingga kini masih lagi berada didalam Senarai Top 10 Syiling Malaysia termahal.

Kepada anda yang tidak tahu, syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

Pada tahun 2013, hanya ada 4 keping syiling yang dicetak menggunakan planchet yang salah ini telah direkodkan. Ini menjadikan ianya sebagai salah satu syiling 1 sen yang paling rare untuk koleksi syiling Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai syiling 1 sen 1970 ini, anda boleh baca artikel kami sebelum ini; Rahsia 1 sen 1970.

Syiling emas RM100 Tunku Abdul Rahman (lot 1046) yang dikeluarkan pada tahun 1971 berjaya dilelong pada harga RM3,400 (tanpa premium pembeli). Syiling (.917 Gold) tersebut mempunyai tanda merah berdekatan songkok Tunku Abdul Rahman dan mempunyai gred AU-UNC.

Tumpuan utama sudah pastilah set Nombor Cantik (Fancy Number) Wang kertas 50 Ringgit (20 keping) Siri ke-4 dengan tandatangan gabenor Aziz Taha dijual pada harga RM530,000 (tanpa premium pembeli). Wang kertas tersebut mempunyai Low no. B/82 000001-10, Solid 1's-Solid's 9's & Golden number B/85 1000000. Semua wang kertas digred oleh Paper Money Guaranty (PMG) 64UNC-66EPQ.

Pameran Wang Kuala Lumpur Trigo kali ke-4 akan bermula esok dan tiket enggang sudah pasti akan menjadi rebutan para peminatnya.

Jumpa di Hotel Hilton Petaling Jaya esok!