Selasa, 15 Oktober 2019

Fenomena Tiket Pameran Wang Trigo KL

Pihak kami telah mengikuti Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Trigometric Sdn Bhd di Hotel Hilton, Petaling Jaya sejak tahun 2017. Fenomena Tiket Pameran Wang Trigo KL kami lihat telah bermula sejak pameran kali kedua di adakan pada tahun lepas.

Apabila pameran di adakan buat kali ketiga awal tahun ini, ramai orang yang beratur panjang untuk mendapatkan tiket Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pameran Wang KL

Tiket Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo kali pertama menggunakan ikan koi sebagai motif utama. Tiket pameran tersebut dicetak dalam keadaan menegak dengan tulisan Trigo's 1st KL Int'l Money Show beserta dengan harga Tiket RM5 dan nombor siri tiket.

Pada waktu itu, hanya ada lebih kurang 23 peniaga daripada dalam dan luar negara yang menyertai Pameran ini. Anda boleh baca cerita lanjut didalam artikel sebelum ini; Pameran Wang KL Trigo pertama.

Trigo money show

Tiket Pameran Wang Trigo KL kali kedua memaparkan motif burung merak sebagai motif utamanya berlatar belakangkan bangunan KLCC dan bangunan JPM Putrajaya. Tiket yang berbentuk seperti wang kertas ini berharga; RM15 (tiket sahaja) & RM20 (dengan buku/folder). Kecantikan tiket ini menarik minat ramai pengumpul numismatik untuk mula menyimpan koleksi Tiket Pameran Wang Trigo KL.

Pada ketika ini, pameran disertai oleh lebih kurang 27 peniaga (ada peniaga yang menumpang meja rakan-rakan mereka) daripada dalam dan luar negara. Anda boleh baca cerita lanjut didalam artikel sebelum ini; Pameran Wang KL Trigo kali ke-2.


Awal tahun ini pula, tiket Pameran Wang Kuala Lumpur Trigo kali ke-3 dikeluarkan dengan motif utamanya adalah seekor Singa Jantan dan beberapa ekor burung yang akan berterbangan apabila kita menggunakan aplikasi dari telefon bimbit. Tiket kali ini juga memaparkan watermark singa. Harga untuk tiket sekeping adalah RM20, maksimum pembelian hanya 10 keping seorang. Ada lebih kurang 3,000 keping tiket single dicetak untuk pameran kali ini.

Harga untuk uncut 3 dalam 1 adalah RM100 sekeping. Hanya 1 keping seorang dibenarkan seorang. Ada lebih kurang 300 keping tiket uncut 3 dalam 1 dicetak.

Pameran Wang

Daripada pameran yang di adakan setahun sekali, Trigometric Sdn Bhd mengubahnya kepada acara dwi tahunan bermula tahun ini. Pameran Wang KL Trigo kali ke-4 akan di adakan pada 25 Oktober 2019. Baru-baru ini Trigometric berkongsi gambar Teaser tiket Pameran Wang KL Trigo kali ke-4. Pasti ramai peminat Tiket Pameran Wang Trigo KL yang teruja melihat teaser tersebut.

Untuk makluman semua juga, Pameran Wang KL Trigo adalah satu-satunya pameran wang antarabangsa yang mendapat label khas dari Paper Money Guaranty (PMG), syarikat pengredan wang kertas antarabangsa. Label khas ini diberikan sejak tiket keluaran kedua.

Adakah anda salah seorang pengumpul Tiket Pameran Wang Trigometric?