Thursday, April 28, 2016

Datuk Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara ke-8

Datuk Muhammad Ibrahim dilantik menjadi Gabenor Bank Negara yang ke-8 pada 1 Mei 2016. Beliau akan memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara selama 5 tahun setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berumur 56 tahun dan berasal dari Panchang Bedena, Sungai Besar, Selangor. Mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak.

Ramai rakan-rakan numismatik yang tertanya-tanya bagaimanakah tandatangan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim. Bagi collector wang kertas, tempoh 16 tahun tandatangan Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada wang kertas Malaysia adalah suatu tempoh yang sangat lama.

BIODATA DATUK MUHAMMAD IBRAHIM:

Muhammad Ibrahim


Latar Belakang Pendidikan
Beliau berkelulusan ijazah sarjana daripada Universiti Harvard, ijazah perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma pasca ijazah dalam Kewangan dan Perbankan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Kerjaya di Bidang Ekonomi & Kewangan
  • Dato' Muhammad pernah menjadi Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad
  • Beliau juga merupakan mantan pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Pernah berkhidmat sebagai ahli majlis Malaysian Institute of Accountants.
  • Dato' Muhammad juga merupakan pemegang amanah Majlis Kursi Tun Ismail Ali
  • Ahli lembaga pengarah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  • Ahli majlis Malaysian Bankers Institute,
  • Felo Bersekutu Institut Bank-Bank Malaysia
  • Ahli Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia.
  • Beliau juga merupakan pengarah bebas dalam lembaga pengarah PETRONAS.


Kerjaya di Bank Negara
Datuk Muhammad memulakan kerjayanya di Bank Negara Malaysia pada tahun 1984 dan telah berkhidmat dalam bidang pengawalan dan penyeliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan dan perbendaharaan luar pesisir serta pasaran kewangan.

Pada 1 Disember 2004, beliau dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM dan bertanggungjawab terhadap penyeliaan Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Modal, Jabatan Kewangan dan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia.

Pada 16 Jun 2010, Datuk Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara untuk tempoh tiga tahun.

Pada 16 Jun 2013, beliau dilantik semula sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sehingga 15 Jun 2016. Beliau bertanggungjawab dalam pengurusan rizab antarabangsa, pasaran wang dan operasi pertukaran asing, serta pengawalan dan pembangunan sektor kewangan termasuk sistem pembayaran.

Semasa menjadi Timbalan Gabenor, beliau memperkenalkan sistem e-Bayaran untuk mengurangkan penggunaan tunai dan cek dalam sistem kewangan Malaysia. BNM menyasarkan peningkatan jumlah transaksi e-pembayaran per kapita daripada 72 kepada 200 dan mengurangkan cek daripada 177 juta kepada 100 juta setahun.

Sejak pelaksanaan Rangka Kerja Pembaharuan Harga pada Mei 2013 dan Dana Insentif e-pembayaran (ePIF) pada bulan Januari 2015, penggunaan cek yang hanya menurun pada kadar yang kecil sebanyak 2% secara purata dari 2011 hingga 2013, telah menurun pada kadar yang lebih tinggi kepada 10% pada tahun 2014.


Tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim
Perubahan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) adalah juga suatu cabaran baru bagi collector wang kertas.

Wang kertas nombor siri prefix terakhir yang ditandatangani oleh Dr. Zeti akan menjadi buruan para collector wang kertas Malaysia kerana ianya adalah antara koleksi yang wajib bagi mereka.

Wang kertas nombor siri prefix pertama yang ditandatangani oleh Datuk Muhammad juga akan turut menjadi buruan kerana dimasa hadapan, ianya mungkin mempunyai harga yang tinggi buat collector wang kertas Malaysia.

Oleh yang demikian, tandatangan Datuk Muhammad Ibrahim menjadi tanda tanya kepada para collector.

Hasil daripada carian,kami menemui tandatangan beliau di dalam dokumen rasmi di portal BNM.

Datuk Muhammad bin Ibrahim


Harapan Warga Numismatik
Ramai warga numismatik yang berharap, BNM akan mengubah polisi serta bersikap lebih terbuka kepada numismatik seperti artikel yang kami tulis sebelum ini mengenai Maklumat numismatik yang wajar dikongsi BNM.


Sumber:
1. Siaran Akhbar Bank Negara
2. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
http://www.kwap.gov.my/EN/Aboutkwap/OurPeople/Pages/DatoMuhammadBinIbrahim.aspx
3. Berita Harian

4. Utusan Malaysia