Isnin, 14 Oktober 2019

Adakah 1 sen 1970 ini akan memecahkan rekod?

Sekeping syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel yang telah di gred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai MS 62BN akan dilelong didalam acara lelongan Trigometric Sdn Bhd di Petaling Jaya pada 24 Oktober ini. Syiling tersebut (lot 1013) akan dilelong bermula pada harga RM10,000 didalam acara lelongan Trigometric Auction 10/2019.

1 sen 1970

5 tahun yang lalu, sekeping syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel telah berjaya dilelong pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli. Syiling tersebut sehingga kini masih lagi berada didalam Senarai Top 10 Syiling Malaysia termahal.

Kepada anda yang tidak tahu, syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

Pada tahun 2013, hanya ada 4 keping syiling yang dicetak menggunakan planchet yang salah ini telah direkodkan. Ini menjadikan ianya sebagai salah satu syiling 1 sen yang paling rare untuk koleksi syiling Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai syiling 1 sen 1970 ini, anda boleh baca artikel kami sebelum ini; Rahsia 1 sen 1970.

Setelah lebih kurang 5 tahun hilang daripada acara lelongan awam, adakah syiling 1 sen 1970 ini akan memecahkan rekodnya sendiri?

syiling pruf

Selain itu, terdapat juga satu set syiling pruf Malaysia tahun 1967 (lot 1059) yang akan dilelong bermula pada harga RM10,000. Set syiling ini juga telah di gred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC); 1 sen (PF66 UC), 5 sen (PF67UC), 10 sen (PF65UC), 20 sen (PF64UC) & 50 sen (PF65UC). Untuk makluman anda, Siri pertama duit syiling Malaysia hanya mula diperkenalkan pada 12 Jun 1967 dengan nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen serta 50 sen.

Untuk acara lelongan Trigometric Auction 10 ini, lelongan sudah boleh dibida secara atas talian di laman web www.liveauctioneers.com.

Premium pembeli dikenakan pada kadar 15% daripada harga lelongan untuk pembelian di Dewan lelongan dan premium 20% dikenakan untuk mereka yang berjaya membeli secara online.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Trigometric Sdn Bhd (Mr. Koay / MS Farah) di talian 03-7957 9566 atau datang melawat kedai mereka di Trigometric Amcorp Mall Petaling Jaya (Dibuka setiap hari 10 pagi – 6 petang, kecuali Isnin dan Cuti Umum).