Rabu, 31 Julai 2019

Pameran FinTech: Teknologi Kewangan Nyata Kepada Maya

Pameran "FinTech: Teknologi Kewangan Nyata Kepada Maya" sedang berlangsung di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara sejak 17 Jun 2019 dan akan berakhir pada 31 Disember 2019. Apa itu Fintech? Ia adalah istilah daripada gabungan perkataan Financial dan Technology.

FinTech

Pameran ‘Teknologi Kewangan: Nyata Kepada Maya’ ini mempamerkan kepelbagaian kemajuan dalam teknologi yang telah mengubah industri kewangan serta bagaimana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Pameran Fintech


Teknologi dalam Kewangan
Bahagian ini membawa pelawat menelusuri konsep teknologi dalam kewangan serta kepentingannya. Kemudian, diikuti oleh evolusi kemajuan kewangan dari 1800 sehingga hari ini.

teknologi kewangan

Ini termasuk mempamerkan teori, ciptaan dan inovasi utama yang dicipta untuk meningkatkan sistem kewangan ke tahap yang lebih tinggi.

Pameran ini mempamerkan pandangan dari dua perspektif:
• Perkembangan di seluruh Dunia
• Perkembangan di Malaysia


Fintech di Malaysia
Ruang ini menekankan konsep Fintech pada abad ke-21 sambil menjelaskan beberapa salah tanggapan umum mengenai sistem Fintech dan e-pembayaran.

Terdapat maklumat mengenai peranan BNM dalam menyokong pembangunan Fintech.

Fintech

Bahagian ini juga mempromosikan permainan bermain untuk belajar secara interaktif. Ini untuk menunjukkan cara kita menjalani kehidupan seharian telah berpindah dari berurus niaga di kedai secara bersemuka kepada pembelian melalui peranti telefon yang bersambung. Ini menunjukkan bahawa teknologi akan digunakan secara meluas untuk meningkatkan kecekapan, mengurus risiko yang lebih baik, dan mewujudkan peluang-peluang baru.

Makmal Inovasi Mini
Ruang di mana pelawat boleh berkongsi idea dan senarai harapan tentang bagaimana teknologi boleh membantu kehidupan seharian dengan menjadikannya lebih selesa dan cekap.


Butiran Pameran
Lokasi:
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Atrium, Level 1
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tempoh Pameran:
17 Jun – 31 Disember 2019
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.

Bayaran Masuk:
Masuk Percuma untuk semua pengunjung.
Perkhidmatan lawatan berpandu disediakan secara percuma (minima 20 orang dan tempahan awal diperlukan).

Untuk Keterangan Lanjut:
Hubungi: +603-9179 2784
Email: infomuseum@bnm.gov.my