Khamis, 14 Mac 2019

Set 2 Ringgit BB dijual RM130,000 di Trigometric Auction 9

Set Nombor Cantik (Fancy Number) Wang kertas 2 Ringgit (20 keping) prefix BB dengan tandatangan gabenor Ahmad Don dijual pada harga RM130,000 (tanpa premium pembeli) didalam acara lelongan Trigometric Auction 9 di Hotel Hilton, Petaling Jaya hari ini.

Trigometric Auction 9

Set wang kertas tersebut mengandungi BB0000001 hingga 0000010, BB1111111 hingga BB9999999 dan BB1234567 (20pcs).

Set nombor BB tersebut (lot 9405) adalah antara Set Nombor Cantik (Fancy Number) wang kertas Malaysia yang agak sukar untuk dilengkapkan. Set ini juga tidak pernah dilelong sebelum ini dan setakat yang diketahui, ini satu-satunya set lengkap solid number wang kertas prefix BB yang dilelong kepada umum.

1 Ringgit

Selain itu, wang kertas gantian siri pertama tandatangan Tun Ismail Ali dengan nombor siri Z/1 111111 juga dilelong pada harga RM20,000 (tanpa premium pembeli). Apa yang menariknya untuk wang kertas ini, buat pertama kalinya didalam sejarah numismatik Malaysia, wang kertas gantian siri pertama yang mempunyai nombor super solid dilelong didalam acara lelongan awam.

Trigometric Auction 9

Sementara itu, wang kertas yang dijadikan sebagai hiasan muka depan buku katalog Trigometric Auction 9 kali ini, $100 Deutsch-Asiatische Bank dilelong pada harga RM80,000 (tanpa premium pembeli). Wang kertas bertarikh 1 Julai 1914, Peking (P S277), S/no. 01296 itu mempunyai kondisi Uncirculated. Deutsch-Asiatische Bank (DAB) adalah bank luar negara yang dibuka di China. DAB diasaskan di Shanghai pada tahun 1889 dengan penyertaan Deutsche Bank, salah satu bank terbesar di Jerman.

Untuk duit syiling, syiling dari negara China mengungguli acara lelongan Trigometric Auction 9 kali ini.

Diantara syiling yang menjadi tumpuan hari ini:
  • Lot 9839 - Syiling Fantasi China, PCAI MS 67. Dilelong pada harga RM3,500.
  • Lot 9823 - Medalion Perak China - Great Wall of China GBCA MS 68. Dilelong pada harga RM3,000.
  • Lot 9901 - Malaysia 1981, set syiling peruf (6 keping) PCGS Graded 1S (PR62RD), 5,10,20 Sen (PR68DCAM), 50S (PR69DCAM) RM1 (PR67DCAM). Dilelong pada harga RM3,000.
  • Lot 9822 - Medalion Perak China 1989, The God of Warriors. Dilelong pada harga RM2,200.
  • Lot 9849 - Syiling 20 cents Straits Settlements 1899. PCGS MS 62. Dilelong pada harga RM2,000.
  • Lot 9838 - Medalion Taiwan 1963, The Central Mint, MD-TWO106 ACCA MS 63. Dilelong pada harga RM2,000.
  • Lot 9833 - Syiling China $1 L&M-63 1914 (Yr3), " Triangle Yuan" NGC MS 62. Dilelong pada harga RM1,800.