Ahad, 27 Januari 2019

Trigometric Auction 9 pada 14 Mac ini

Pada 14 Mac 2019, Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan numismatik, Trigometric Auction 9 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Selepas sahaja acara lelongan selesai, Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali ke-3 akan berlangsung daripada 15 Mac sehingga 17 Mac 2019.

Trigometric Auction 9

Untuk acara lelongan kali ini, 923 lot koleksi wang kertas, kupon, syiling, medalion, setem dan sampul surat hari pertama akan dilelong kepada awam.

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 14.03.2019 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 11.00 pagi to 6.00 petang

Pratonton Lot lelongan:
Tarikh : 12 & 13.03.2019 (Selasa & Rabu)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 18.03.2019 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 am - 6.00 pm


Semua orang dijemput untuk menghadiri acara lelongan tersebut, kepada yang ingin melakukan bidaan, sila pastikan anda mendaftar terlebih dahulu.

Untuk katalog Trigometric Auction 9, anda boleh muat turun PDF acara lelongan tersebut disini; Katalog Trigometric Auction 9.

Untuk acara lelongan Trigometric Auction 9 ini, lelongan sudah mula diadakan secara online di website www.liveauctioneers.com.

Premium pembeli dikenakan pada kadar 15% daripada harga lelongan untuk pembelian di Dewan lelongan dan premium 20% dikenakan untuk mereka yang berjaya membeli secara online.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Trigometric Sdn Bhd (Mr. Koay / MS Farah) di talian 03-7957 9566 atau datang melawat kedai mereka di Trigometric Amcorp Mall Petaling Jaya (Dibuka setiap hari 10 pagi – 6 petang, kecuali Isnin dan Cuti Umum).