Rabu, 13 Mac 2019

Jangan lupa Auction Trigometric 9 esok!

Esok (14 Mac) Trigometric Sdn Bhd akan mengadakan acara lelongan mereka Trigometric Auction 9 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Semua orang dijemput untuk menghadiri acara lelongan tersebut, kepada yang ingin melakukan bidaan, sila pastikan anda mendaftar terlebih dahulu.

1 Ringgit

Antara lot lelongan yang mencuri tumpuan pada kali ini adalah wang kertas gantian siri pertama tandatangan Tun Ismail Ali dengan nombor siri Z/1 111111. Apa yang menariknya untuk wang kertas ini, buat pertama kalinya didalam sejarah numismatik Malaysia, wang kertas gantian siri pertama yang mempunyai nombor solid dilelong didalam acara lelongan awam.

Wang kertas lot 9391 tersebut dilelong pada harga bermula daripada RM8,000 dan kemungkinan besar mencecah harga sehingga melebihi RM20,000.

Untuk katalog penuh Trigometric Auction 9, anda boleh muat turun PDF acara lelongan tersebut disini;Katalog Trigometric Auction 9

Maklumat Lelongan:
Tarikh : 14.03.2019 (Khamis)
Tempat : Hilton Hotel, Petaling Jaya (Serunai Suite 1 & 2)
Masa : 11.00 pagi - 7.00 petang


Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali ke-3
Tarikh: 15 Mac sehingga 17 Mac 2019
Tempat: Hilton Hotel, Petaling Jaya (Anggerik & Dahlia Suite 1 & 2)
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang

Mengambil Lot Lelongan:
Tarikh : 18.03.2019 (Isnin)
Tempat : Trigometric Amcorp Mall
Masa : 10.30 pagi - 6.00 petang


Untuk acara lelongan Trigometric Auction 9 ini, lelongan sudah mula diadakan secara online di website www.liveauctioneers.com.

Premium pembeli dikenakan pada kadar 15% daripada harga lelongan untuk pembelian di Dewan lelongan dan premium 20% dikenakan untuk mereka yang berjaya membeli secara online.