Ahad, 28 Januari 2018

Syiling Peringatan 60 Tahun Arkib Negara

Duit Syiling Peringatan 60 Tahun Arkib Negara dilancarkan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz pada 4 Disember 2017. 2 jenis logam digunakan untuk Syiling 60 Tahun Arkib Negara; perak 99.9 berwarna (pruf) dan emas Nordic.

60 Tahun Arkib Negara

Perkataan “60th ANNIVERSARY OF NATIONAL ARCHIVES OF MALAYSIA” tertera disekeliling duit syiling mengikut pusingan arah jam. Logo berwarna jingga keemasan yang dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling melambangkan sambutan ulang tahun Arkib Negara Malaysia yang ke-60.

Logo Arkib Negara

Imej pada bahagian tengah duit syiling memaparkan logo Arkib Negara Malaysia yang terdiri daripada kepingan kertas yang disusun melambangkan dokumen-dokumen dan rekod kebangsaan. Bentuk bintang pada bahagian tengah logo pula berdasarkan bintang pada bendera Malaysia, yang menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia. Perkataan Arkib Negara Malaysia dalam tulisan rumi dan jawi di sekeliling logo menunjukkan tanggungjawab Arkib Negara Malaysia dalam menjaga dokumen-dokumen dan rekod negara. Enam puluh dentil pada sekeliling duit syiling menandakan 60 tahun penubuhan Arkib Negara Malaysia. Nama "BANK NEGARA MALAYSIA" sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling.

Duit Syiling ini mula dijual secara tempahan online pada 29 Disember 2017 dan Keputusan undiannya dikeluarkan pada 25 Januari 2017. Pemenang undian dibenarkan mengambil syiling peringatan dari 25 Januari 2018 hingga 28 Februari 2018. Untuk maklumat lanjut, sila baca: Tempahan online untuk syiling peringatan.

Info tidak rasmi, syiling ini dikeluarkan oleh Kilang Wang, Bank Negara Malaysia.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara Perak Berwarna (pruf)
syiling arkib

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM243.80 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Duit Syiling Peringatan 60 tahun Arkib Negara Emas Nordic
coin arkib

emas arkib

Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)
Harga Pasaran: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Malaysia Coin Card )


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 700 set.
Harga Jualan BNM: RM296.80 (termasuk 6% GST)
Harga pasaran: (Untuk Harga Terkini, Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 2 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.