Jumaat, 23 Oktober 2015

Intipati Rumusan Pembentangan Bajet 2016 Malaysia

Hari ini (23 Oktober 2015), Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak baru sahaja mengumumkan #Bajet2016 Malaysia di Parlimen. Pembentangan ‪#‎Bajet2016‬ tersebut bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".

Bajet 2016

Bajet 2016 memperuntukkan RM 167.2 Billion dan Bajet 2016 kali ini bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama:

  • Lima Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016
  • Memperteguh ketahanan ekonomi negara
  • Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau
  • Mempersiaga modal insan
  • Memperkasa agenda bumiputera
  • Meringankan kos sara hidup rakyat



Perkhidmatan Awam:
  • Beri faedah pemindahan gaji bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yg akan manfaatkan 1.6 juta dgn peruntukan RM1.1 bilion;
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406 ribu penjawat awam;
  • Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kpd RM1200 sebulan yang akan manfaatkan 60 ribu penjawat awam;
  • Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan, melibatkan hampir 50k pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan;
  • Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yg berkhidmat sekurang2nya 15 tahun. Memanfaatkan 10k pegawai kontrak.
  • Pelaksanaan kesemua langkah ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4b.


Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan awam akan dibayar pada Januari 2016.

Pesara Kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

Pendidikan:
  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional;
  • Bantuan persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah;
  • Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia;
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf;
  • Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun;
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih;
  • MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi;
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 SBP.


Bajet 2016

Perumahan:
  • Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion;
  • Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah;
  • Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000;
  • Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT;
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit;
  • Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel;
  • Pengecualian duti setem sebanyak 20% ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah;
  • RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.


Cukai Pendapatan:
  • Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000;
  • Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000;
  • Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu & bapa. Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan;
  • Had pelepasan cukai dinaikkan drp RM6k kpd RM8k bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016;
  • Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yang melanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6k kepada RM8k mulai tahun taksiran 2016. Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6k. Jika anak melanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14k;
  • Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bg pembayar cukai individu, dinaik kepada RM7k daripada RM5k setahun.


BR1M:
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan dinaikkan;
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000;
  • BR1M Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050;
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000;
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4k, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800;
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan drp RM350 kpd RM400;
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.


Pertahanan & Keselamatan:
  • Sebanyak RM17.3b disediakan utk Kem. Pertahanan bg perolehan 6 buah Littoral Combatant Ship, kereta berperisai, Airbus A-400M dll;
  • RM523j diperuntukkan untuk pembangunan kem tentera darat ESSCOM di Sabah, RM160j diperuntuk bagi membina 4k unit lagi kuarters ATM;
  • Untuk mengurangkan kadar jenayah, RM155j untuk pembinaan 2 IPD baru di Lawas & Kota Kinabalu, 10 IPD & 5 balai polis yang dalam pembinaan;
  • Merancang membina 2k unit lagi rumah mampu milik bagi PDRM, RM36j untuk bina pejabat, kuarters & naiktaraf depoh tahanan imigresen;
  • RM50j bagi meningkatkan langkah keselamatan penjara;
  • RM20j utk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam;
  • Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM35j.


Kesihatan:
  • Membina 5 hospital baru di Pasir Gudang, Kemaman, Pendang, Maran & Cyberjaya;
  • Memulakan operasi Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL, yang bernilai RM848j pada Okt 2016;
  • Pembangunan Semula Hospital Kajang;
  • RM52j bagi operasi 328 K1M & pembukaan 33 K1M baru;
  • RM260j bagi membina & menaik taraf klinik desa, klinik kesihatan & klinik pergigian;
  • RM72j untuk bantuan perubatan, termasuk hemodialysis;
  • RM4.6b untuk ubat, consumables, vaksin & reagents kepada hospital & klinik Kerajaan.


Sabah & Sarawak:
  • Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM16.1b. Di Sabah, lebuhraya ini akan mula dibina pada 2016 meliputi 706km, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos RM12.8b. Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol;
  • RM70j disediakan melalui BSN dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang;
  • RM70j sebagai subsidi baja padi huma untuk meningkatkan bekalan makanan & pendapatan penanam seluas 65k hektar di Sarawak & 11k hektar di Sabah;
  • RM260j disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak & Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara;
  • RM115j disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak, seperti untuk projek native customary rights;
  • Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru;
  • RM515j diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.


Pengangkutan Awam & Utiliti:
  • RM900j diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksana secara kerjasama strategik awam-swasta;
  • RM42j disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu;
  • MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dengan anggaran kos pembinaan RM28b direncana bermula dalam suku ke-2 2016, dijangka siap menjelang 2022;
  • Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang dengan anggaran kos pembinaan RM10b mula dibina 2016, siap pada 2020;
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5b & Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1b akan dilaksanakan;
  • SKMM menyediakan RM1.2b, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar dari 5 Megabit sesaat, kpd 20 Megabit sesaat;
  • RM1.4b bagi membina serta naik taraf jalan luar bandar sepanjang 700km di seluruh negara. RM200j bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;
  • RM878j untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10k rumah. RM568j bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3k rumah.


Pelaburan Projek Domestik:
  • Membangunkan Malaysian Vision Valley, keluasan 108,000 ha dari Nilai ke Port Dickson, dengan unjuran pelaburan permulaan RM5b pada 2016;
  • Melaksanakan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan hampir RM11 bilion dalam tempoh 5 tahun;
  • Membangunkan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak RM7bil;
  • Pelaburan RM6.7b oleh Khazanah dalam 9 projek domestik seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian & infra komunikasi;
  • Pelaburan seterusnya dianggarkan RM18 bil untuk tahun 2016 bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;
  • Pembgnan RubberCity di Kedah dengan peruntukan RM320j, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak RM142j & Jeti Minyak Sawit di Sandakan RM20j;
  • Syarikat sedia ada dalam pengilangan & pertanian terpilih yang tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula, insentif Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberi.