Friday, October 21, 2016

Sejarah Bonus Penjawat Awam Malaysia #Bajet2017

Bonus Penjawat Awam atau imbuhan tahunan adalah antara pengumuman yang sentiasa ditunggu-tunggu dalam pembentangan Bajet Malaysia. Setiap tahun, 1.6 juta penjawat awam berharap Menteri Kewangan yang membentangkan belanjawan negara akan pemberian bonus atau bantuan khas untuk membantu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Namun, dari segi sejarah pemberian bonus kepada kakitangan awam, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang memberikan jumlah bonus yang agak rendah. Jumlah bayaran bonus akan meningkat apabila tahun berikutnya adalah Pilihanraya Umum.

Semasa era pemerintahan Tun Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad, Bonus pada kebiasaannya dibayar satu bulan gaji, hanya pada tahun 1998, kakitangan awam menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM400 akibat daripada kemelesetan ekonomi pada waktu itu.

Tun Dato' Sri Haji Abdullah bin Haji Ahmad pula adalah Perdana Menteri yang pernah merekodkan pembayaran bonus kakitangan awam tertinggi, dua bulan gaji pada tahun 2006.

Bagaimana dengan Bonus kakitangan Kerajaan untuk Belanjawan 2017? Adakah untuk #bajet2017, Dato' Sri Mohd Najib akan memberikan bonus dua bulan gaji seperti yang diminta oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)?

Bonus kerajaan

Hari ini, kami berkongsi Sejarah Bonus Kerajaan Penjawat Awam (Bajet 1993 – Bajet 2017):

Tahun Jumlah Bayaran
1993 Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994 Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995 Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996 Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997 Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998 Bantuan Khas Kewangan RM400
1999 Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000 Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001 Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002 Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003 Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
2004 Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2005 Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2006 Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1500)
2007 Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola)
2008 Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)
2009 Bantuan Khas Kewangan RM500
2010 Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011 Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012 Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1500)
2013 Bantuan Khas Kewangan RM500
2014 Bayaran khas RM500
2015 Bayaran khas RM500
2016 Bayaran khas RM500
2017 Bayaran khas RM500