Rabu, 22 Jun 2016

Rangkuman Isu Jualan Syiling Peringatan 2016

Tahun ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjual 4 syiling peringatan setakat ini, 1 lagi syiling peringatan dikhabarkan akan keluar dalam masa terdekat. Sebelum BNM memulakan jualan syiling peringatan terbaru, kami senaraikan ringkasan isu, rungutan, cadangan, maklum balas, dan juga idea daripada rakan-rakan collector.

Jualan Syiling

Terpulanglah kepada BNM sama ada mahu membaca, mahu mendengar atau mahu menerima dan seterusnya melakukan perubahan kepada jualan syiling peringatan seterusnya.

Kami bukan hendak mengecam atau menghina BNM tetapi tujuan kami menulis artikel ini supaya BNM mengambil kira pendapat pelanggan BNM juga.

Kami tahu banyak perubahan yang dilakukan oleh BNM sebelum ini, terima kasih kami ucapkan. Namun, masih ada juga beberapa perkara yang kelihatan kecil tetapi masih disuarakan oleh collector.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai pandangan lain, sila berikan komen anda.

Anda boleh merujuk artikel penuh sebelum ini:

Rangkuman Isu Jualan Syiling Peringatan 2016:
  • Jumlah Syiling Peringatan yang dijual semasa hari jualan tidak sampai separuh daripada jumlah mintage yang diumumkan.
  • BNM perlu mencari alternatif lain selain daripada beratur semasa hari jualan.
  • Semasa di Dewan menunggu, BNM mungkin boleh mainkan filem pendek atau sejarah mengenai BNM/wang Malaysia.
  • Masa beratur (masa menunggu nombor giliran) untuk jualan syiling Peringatan Pandu Puteri dan Yayasan Sabah yang sangat lama berbanding sebelum ini.
  • Ada kakitangan jualan BNM yang agak kasar dengan pelanggan serta tidak tahu mengendalikan syiling peruf semasa menyerahkan dengan pelanggan.
  • Isu "runner" atau mereka yang diupah untuk beratur.
  • Tiada tandas diluar bangunan Sasana Kijang.
  • BNM tidak sensitif mengadakan hari jualan semasa orang Islam menyambut 1 Ramadhan (berpuasa).
  • Hari jualan syiling peringatan yang agak kerap sehingga sebulan dua kali.
  • Rekabentuk duit syiling yang kurang menarik.
  • Kakitangan BNM tidak membenarkan syiling yang rosak (semasa menerima syiling) ditukar.
  • Lewat memaklumkan tarikh jualan syiling peringatan.
  • BNM perlu mengkaji, adakah jumlah mintage yang dikeluarkan sekarang ini sesuai kerana hanya separuh sahaja yang dijual kepada pelanggan.
  • BNM tidak membenarkan pelanggan yang beratur disebelah malam, berada di kawasan dalam Sasana Kijang.
  • Harga duit syiling perak yang agak tinggi berbanding dengan nilai pasaran semasa perak.
  • Kenapa tidak ada lagi jualan syiling copper dan juga syiling emas?