Isnin, 20 Jun 2016

Songket peruf terjual RM4500 di MyNumismatics 1/2016

Set syiling peringatan Songket The Regal Heritage peruf 2 dalam 1 berjaya terjual pada harga RM4500 (tanpa premium pembeli) didalam acara lelongan MyNumismatics 1/2016 di Jabatan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini (19 Jun).

Set duit syiling ini menjadi tumpuan sebelum ini apabila kemunculannya hebat diperkatakan di Facebook. Hanya 150 set sahaja yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan ianya juga dilengkapi dengan Kotak Porcelin daripada Royal Mint Porcelin (RMP).

MyNumismatics auction

Tahniah kepada MyNumismatics Sdn. Bhd. kerana berjaya menjalankan acara lelongan pertama mereka MyNumismatics 1/2016, acara lelongan yang menumpukan kepada segmen pasaran bertahap sederhana ini berjaya menarik tumpuan lebih daripada 50 orang collector diseluruh negara.

Apa yang kami maksudkan kepada segmen pasaran bertahap sederhana adalah kebanyakkan koleksi numismatik yang ditawarkan didalam acara lelongan MyNumismatics adalah koleksi bertahap sederhana, tidak berapa rare, tidak mempunyai gred yang tinggi tetapi dicari oleh para collector tempatan.

Acara lelongan ini juga berjaya menarik minat para collector kerana harga bidaan awalnya yang sangat rendah berbanding dengan acara lelongan yang pernah kita lihat sebelum ini.

Secara keseluruhannya acara lelongan ini berjalan dengan baik. Namun, auctioneer kerap kali terlepas pandang pembida yang mengangkat nombor di bahagian belakang dan juga disebelah tepi dewan acara lelongan. Lebih daripada 10 kali perkara ini berlaku sepanjang pihak kami berada disana.

Daripada menerima pembida yang mengangkat nombor bidaan, auctioneer sebaliknya mempersalahkan pembida kerana dikatakan lambat mengangkat nombor bidaan. Mungkin untuk acara lelongan dimasa hadapan, MyNumismatics perlu mempastikan ada pembantu yang melihat pembida mengangkat nombor bidaan terutamanya untuk mereka yang duduk di bahagian belakang dan tepi dewan.

Satu lagi masalah kecil yang mungkin MyNumismatics terlepas pandang adalah skrin projektor kurang jelas terutamanya untuk mereka yang berada di bahagian belakang. Ini mungkin berlaku kerana biasan cahaya matahari daripada pintu Jabatan Muzium yang sentiasa terbuka.

Tahniah juga kepada MyNumismatics kerana berjaya menyelesaikan 529 lot wang kertas, duit syiling, Medal, Medallion, rubber coupons dan juga buku numismatik untuk dilelong dalam tempoh lebih kurang 6 jam sahaja.

Untuk laporan penuh mengenai keputusan acara lelongan MyNumismatics 1/2016, ianya akan kongsikan oleh website rasmi MyNumismatics.