Sabtu, 11 Jun 2016

Syiling seterusnya: FELCRA atau Muzium TUDM?

Setakat ini, 4 Syiling peringatan telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk tahun 2016. Khabar angin mengatakan akan ada lagi syiling yang akan dikeluarkan untuk tahun ini. Ada yang mengatakan syiling seterusnya adalah Jubli Emas FELCRA dan tidak kurang juga yang meneka 30 tahun Muzium TUDM.

Syiling Peringatan

Jika anda peminat setia malaysiancoin.com, anda pasti sudah membaca artikel kami sebelum ini mengenai Syiling Sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30. Daripada portal TUDM, kami mendapat maklumat Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad telah melancarkan Syiling Kenangan sebagai simbolik sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30 sempena dengan Hari terbuka Muzium tersebut pada 13 Febuari 2016. Rujuk artikel: Khabar angin syiling peringatan 2016.

Kami menjangkakan syiling peringatan itu akan mula dijual bersempena dengan Hari Ulang Tahun TUDM ke-58 pada 1 Jun 2016. Namun, sehingga ke hari ini, tidak ada lagi khabar berita mengenai syiling tersebut.

Khabar angin yang kami terima, ia hanyalah syiling medallion tetapi tiada pengesahan daripada mana-mana pihak. Jika ada di antara anda yang mempunyai maklumat atau telah membeli syiling medallion Sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30, mohon berikan maklumat kepada pihak kami.

Apa yang menariknya, ada khabar angin mengatakan syiling seterusnya adalah Syiling Jubli Emas FELCRA.

FELCRA atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan) ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966.

Carian daripada pihak kami, tidak ada lagi sambutan 50 tahun FELCRA di adakan, melainkan jika akhbar arus perdana tidak dijemput dan berita mengenai sambutan tersebut tidak dikeluarkan oleh mana-mana akhbar.

Khabar angin yang kami dengar juga rekabentuk untuk syiling tersebut telah pun disiapkan.

Ada juga khabar angin mengatakan, syiling peringatan tersebut telah pun dibuat oleh Kilang Wang Bank Negara.

Khabar angin tersebut juga mengatakan, syiling peringatan untuk tahun 2016 akan cuba dikeluarkan sebelum bulan Julai. Selepas ini, tidak ada lagi syiling peringatan yang akan dikeluarkan untuk tahun 2016. Sekurang-kurangnya ada 1 lagi syiling peringatan yang akan dikeluarkan untuk tahun 2016.

Walau bagaimanapun, itu semua hanya khabar angin. Jika anda tidak berminat dengan khabar angin, jangan percaya dengan apa yang kami tulis.

Kepada mereka yang ada maklumat untuk tarikh pelancaran atau hari jualan syiling seterusnya, sila maklumkan kepada kami.

Maklumat anda boleh membantu collector syiling peringatan untuk bersedia dengan keperluan kewangan dan perkara-perkara lain yang diperlukan.