Isnin, 9 Mei 2016

Syiling Yayasan Sabah dijual 16 Mei

Hari ini, Bank Negara Malaysia melancarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Ulang Tahun Yayasan Sabah ke-50 yang akan mula dijual pada 16 Mei 2016, di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG), Pejabat-pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu.

Syiling Yayasan Sabah

Bahagian hadapan duit syiling peringatan ini memaparkan imej dan persekitaran Menara Tun Mustapha, yang juga dikenali sebagai Menara Yayasan Sabah, serta perkataan “Ulang Tahun Ke-50” dan tahun “1966 - 2016” sebagai menandakan ulang tahun ke-50. Perkataan “YAYASAN SABAH” pula dipaparkan pada bahagian atas duit syiling.

50 Tahun Yayasan Sabah

Bahagian Belakang Duit Syiling memaparkan perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawah duit syiling ini. Logo rasmi Yayasan Sabah dipaparkan di tengah-tengah duit syiling peringatan ini.

Spesifikasi duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:

Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Perak Berwarna (pruf)
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Silver Proof
Logam: Silver (Ag99.9)
Nilai Muka(RM): 10 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 500
Diameter (mm): 40.7
Berat(g): 31.1
Harga Jualan BNM: RM212. (termasuk 6% GST)


Duit Syiling Peringatan 70 tahun RTM Emas Nordic
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Nordic Gold (B.U.)
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Nilai Muka(RM): 1 RINGGIT
Kuantiti Tempaan (keping/set): 10,000
Garis Pusat (mm): 30.0
Berat(g): 8.5
Harga Jualan BNM: RM10.60 (termasuk 6% GST)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic peruf
Tempaan: 2,000 set.
Harga Jualan BNM: RM265 (termasuk 6% GST)

Jika anda ada membaca artikel sebelum ini, khabar angin syiling peringatan 2016 jangan lupa ada satu lagi syiling yang akan dilancarkan didalam masa terdekat ini.