Dulu coincard ini adalah Raja segala coincard Malaysia. Kini, ianya menjadi coincard biasa yang jatuh harga dengan teruk sekali. Harga pasarannya jatuh merudum kerana beberapa insiden yang silih berganti melanda coincard ini. Bolehlah dikatakan, tahun 2014 adalah tahun paling malang bagi coincard Shah Alam.
Jika dulu harganya melonjak sehingga ke RM650 sekeping, kini harganya menjunam sehingga RM80 sekeping (semasa artikel ini ditulis). Harga itu dijangka akan turun lagi jika lebih banyak coincard ini membanjiri pasaran. Harganya mula jatuh dengan teruk bermula pada bulan Julai apabila seseorang menjual coincard Shah Alam ini pada jumlah yang banyak. Orang itu juga menjual syiling set 2 dalam 1 Shah Alam dengan jumlah yang banyak dipasaran Malaysia.
Ianya ditambah lagi dengan cerita khabar angin mengenai coincard yang di pack semula (syiling original tetapi card baru) memasuki pasaran dengan banyaknya. Daripada khabar angin yang kami terima, logo Bank Negara Malaysia (BNM) pada coincard itu dikatakan lebih pudar daripada yang asal. Namun, sehingga kini, kami masih belum menemui lagi coincard repacking yang dikatakan tersebut untuk dijadikan sebagai perbandingan.
Ada juga khabar angin yang mengatakan, coincard tersebut menjadi mangsa sindiket syiling tiruan dari China. Pada pendapat saya, khabar angin ini tidak ada asas yang kukuh. Syiling Bi-metal amat sukar untuk ditiru tetapi tidak mustahil untuk dilakukan dengan kecanggihan teknologi sekarang ini.
Apa yang pasti pada ketika ini, harga coincard Shah Alam berlaku penurunan yang ketara kerana ianya boleh didapati dengan mudah. Ada penjual yang menawarkan sehingga 10 keping coincard ini sekaligus.
Ini jarang berlaku sebelum tahun 2014. Nak jumpa kedai ada sekeping stock coincard ini pun susah. Sekarang ini, kebanyakkan kedai ada paling kurang 5 keping didalam stock mereka.
Ada dah jadi dengan harga coincard? Adakah pada tahun 2015 nanti kita akan melihat lebih banyak penurunan harga berlaku kepada coincard Malaysia?