Khamis, 30 Oktober 2014

Pelancaran Syiling 75 tahun Taman Negara

Pada 29 Oktober 2014, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Taman Negara Ke-75. Pelancaran duit syiling ini telah dilakukan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. James Dawos Mamit di Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Pelancaran itu turut dihadiri oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norzila Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abd Rasid Samsudin.

75 tahun Taman Negara

Syiling itu akan hanya akan mula dijual pada 28 November 2014 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (MAG) dan pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

James Dawos Mamit

Syiling Peringatan 75 tahun Taman Negara tersebut mengunakan imej Pantera Tigris Jacksoni iaitu spesies harimau yang hanya ditemui di Taman Negara sebagai rekabentuk utama syiling. Bahagian belakang syiling pula memaparkan peta Semenanjung Malaysia dengan garisan sempadan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang ditebalkan untuk menunjukkan kawasan Taman Negara.

1. Duit Syiling Peringatan Emas (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 99.99 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 dan harga jualannya RM1,800 sekeping. Sebanyak 500 keping sahaja ditempa.

2. Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna (pruf)
Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak dengan ketulenan 99.9 dan berat setiap keping ialah 31.10 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan harga jualannya RM200 sekeping. Sebanyak 2,000 keping sahaja ditempa.

3. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic
Nilai muka duit syiling emas nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya RM10 sekeping. Sebanyak 25,000 keping sahaja ditempa.

Kesemua duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam Set 3 dalam 1 dan Set 2 dalam 1. Set 3 dalam 1 mengandungi duit syiling pruf emas, perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM2,100 dan terdapat 750 set sahaja. Set 2 dalam 1 pula mengandungi duit syiling perak berwarna dan emas nordic pruf. Set ini akan dijual pada harga RM250 dan terdapat 750 set sahaja.

Anda boleh membaca butiran terperinci dan gambar setiap syiling tersebut didalam artikel ini; 75th Anniversary of Taman Negara commemorative coins.