Selasa, 17 Jun 2014

Jangan bercakap di Facebook sahaja

Semalam saya sempat bertemu dengan Sifu Dickson Niew di kedainya yang "baru", Kedai Cenderamata Dickson Niew Collection. Pelbagai perkara yang saya dapat bincangkan bersama-sama dengan beliau dan pelbagai input juga saya dapat didalam pertemuan yang tak sampai dua jam dengan beliau. Jika anda pengumpul baru serta masih tidak kenal dengan beliau, beliau adalah Setiausaha Persatuan Numismatik Malaysia (MNS) serta Sifu untuk Duit Syiling Malaysia.

Harap maaf, kebanyakkan perkara yang kami bincangkan itu saya tidak boleh kongsikan disini kerana ianya melibatkan peribadi orang lain dan juga melibatkan perancangan beliau didalam dunia numismatik untuk tahun 2014. Perancangan peribadi beliau biarlah beliau sendiri kongsikan kepada anda didalam blognya.

duit palsu

Antara perkara penting yang saya bincangkan dengan beliau adalah isu duit syiling palsu 10 sen 1971. Setakat artikel ini ditulis, tidak ada lagi pakar-pakar di Facebook yang mengatakan duit syiling 10 sen 1971 yang mereka ada adalah palsu telah tampil untuk bertemu dengan beliau. Ada yang membawa gambar sahaja dengan alasan duit syiling itu adalah milik orang lain. Gambar boleh dimanupilasi dengan menggunakan pelbagai perisian serta syiling sebenar tidak dapat ditimbang. Jika ada pakar-pakar dari Facebook ini yang membaca artikel ini atau mereka yang kenal dengan pakar-pakar segera ini, sila maklumkan kepada mereka. "Sila bawa duit syiling 10 sen 1971 palsu itu ke kedai Dickson Niew untuk dibuat pengesahan".

Beliau juga ada mengutarakan teori mengenai duit syiling 10 sen 1971 yang diperkatakan itu dan saya ada merakamkannya didalam bentuk video. Namun, malangnya, beliau tidak mengizinkan saya untuk berkongsi video itu dengan anda kerana beliau tidak ada melihat duit syiling palsu tersebut.

Artikel 10 sen 1971 palsu telah saya tulis pada bulan Ogos 2013. Jika dulu mereka memberitahu syiling tersebut ada di Pasar Loken Ipoh, kini mereka mengubah taktik dengan menunjukkan gambar duit syiling yang dikatakan palsu tersebut. Peliknya.., kesemua yang bercakap itu adalah muka-muka baru yang kita tidak pernah dengar sebelum ini. Pakar-pakar celup ini hanya bercakap ikut suka mereka. Saya yang bukan pakar pun pelik melihat hanya nombor satu sahaja yang mempunyai rupabentuk yang berbeza. Rupabentuk yang lain jelas kelihatan sempurna tanpa ada apa-apa kecacatan.

Perbuatan mereka ini membuatkan ramai daripada collector yang risau duit syiling 10 sen 1971 yang mereka ada itu palsu. Mana di antara mereka yang pintar tu ada berjumpa dengan Sifu Dickson Niew untuk pengesahan, mana yang kurang pintar tu ada kemungkinan menjual syiling tersebut pada harga yang murah.

Kepada rakan-rakan semua, mohon share artikel ini kepada Pakar-pakar di Facebook tersebut dan beritahu mereka "Sila bawa duit syiling 10 sen 1971 palsu itu ke kedai Dickson Niew untuk dibuat pengesahan".

Jangan setakat bercakap di Facebook sahaja.