Tuesday, January 8, 2013

10 sen 1971 palsu

"Tahu tak ada duit syiling 10 sen 1971 palsu sekarang ni? Harga yang mereka jual takdelah murah sangat, hampir sama dengan harga duit yang original. Duit palsu ni terutamanya berlaku untuk yang version 2, sebab itulah ada banyak version 2 di pasaran berbanding dengan version 1. Kalau nak beli yang original jangan beli version 2."

Terbeliak bijik mata kan kalau baca statement tu.

10 sen 1971

Yang bercakap tu mesti pakar duit syiling Malaysia. Dia boleh tahu ada fake 1971 10 sen dipasaran.

Bila ditanya oleh kawan-kawan macam mana nak bezakan fake dan original?

Dia jawab tapi jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak kawan-kawan lain.

Bila ditanya ada bukti tak di pasaran sekarang ni ada duit tu yang fake?

Dia tak jawab, dia kata ada kat luar sana, tengok sendiri kat pasaran.

Hahahahaha.... Orang macam inilah yang merosakkan hobi mengumpul duit lama. Cerita kat kawan-kawan macam dia tahu satu perkara yang orang lain tak tahu. Cuba untuk menakutkan orang lain dengan satu cerita yang dia sendiri reka atau cerita kat orang ada orang lain yang kononnya cerita dengan dia.

Kenapa saya kata perosak?
Pertama sebab dia menyebarkan berita palsu yang boleh menyebabkan pengumpul duit lama yang ingin mengumpul duit 10 sen 1971 panik.

Kedua sebab dia sendiri tidak nampak duit yang dikatakan palsu itu; tidak nampak, tidak memiliki dan tidak membuat kajian ke atas duit syiling itu.

Apakah duit ini ada duit palsu?
Apabila saya mendapat tahu mengenai cerita ini pada minggu ini, saya mula menghubungi rakan-rakan dan juga sifu-sifu yang saya kenal. Bukan susah pun sekarang ni, Saya buat satu sms dan send pada list kawan-kawan numismatik saya. 100% daripada mereka memberikan jawapan yang sama, tidak ada lagi duit palsu utk syiling ini yang ditemui mereka. Malangnya, selepas sms dihantar, saya terpaksa menjawab panggilan yang bertalu-talu dari mereka bertanya tentang cerita ini sebab bukan semua dari mereka yang tinggal di lembah klang atau mempunyai akaun Facebook.

Hari ini saya berpeluang bertemu dengan Sifu Dickson Niew dan Master Sifu Steven Tan, saya turut bertanya mengenai perkara ini dengan mereka.

Steven Tan kata dia tak pernah dengar.

Dickson yang juga seorang blogger di Niewmismatic Error coins terus bersuara mengenai cerita ini sebaik sahaja kami bertemu. Dia kata semalam dia ada terbaca seseorang bercerita mengenainya di Facebook. Suatu yang mustahil untuk dibuat oleh pembuat syiling tiruan. Kenapa? Pertama kerana syiling itu tidak sesuai untuk ditiru kerana ianya hanya untuk pasaran Malaysia. Kedua, duit syiling tersebut masih lagi legal tender, jika ada orang membuat syiling tiruan mereka boleh didakwa di mahkamah.

Lebih baik mereka membuat duit syiling lain yang sudah tidak lagi "legal tender" dan boleh dijual ke seluruh dunia.

Kenapa ada banyak duit 10 sen 1971 V2 di pasaran?
Ingat anda seorang je ke pelabur didalam numismatik Malaysia ni? Ada ramai lagi yang telah menyimpan duit syiling ini lebih lama daripada anda. Setahu saya, duit syiling version  variety 2 yang ada dipasaran sekarang ini pada kondisi bling-bling/BU tu kebanyakkannya datang dari seorang pengumpul luar negara. Dia ada banyak keping syiling itu dan membelinya lama dahulu.

Sekali lagi, jawapan sebenar anda kena dapatkan dari BNM. Mungkin mereka tersedar awal yang kesilapan telah dilakukan, tempaan duit syiling 10 sen pada tahun 1971 itu dapat diberhentikan dengan segera. Oleh itu, hanya ada sedikit version Variety 1 berbanding version Variety 2. Itu cuma cerita 'hear say' sahaja, jangan percaya 100%.

Boleh tak mereka buat altered date jadi 1971?
Kenapa tidak? tetapi dah namanya altered date, mesti orang akan dapat kesan. Kalau tak dapat kesan tahun 1971 tu telah diubah, bermakna itu salah kita sendiri sebab tidak berhati-hati dan tidak ada ilmu.

Boleh tak mereka buat version Variety 2 jadi version Variety 1?
Maknanya buang titik kecil dekat dengan huruf 'L' di version Variety 2 dan jadikannya version Variety 1. Kenapa tidak? Seperti jawapan di atas tadi, buatlah tapi orang mesti boleh nampak kecuali pembeli sendiri cuai dan tidak ada ilmu.

Tapi kalau itu dealer biasa yang buat, anda boleh saja datang semula kepada mereka dan ketuk kepala mereka sebab jual syiling tipu. Adakah mereka sanggup nak buat?

Kesimpulan
Kadang-kadang apabila saya berjumpa dengan penjual duit lama, mereka bercerita pelbagai perkara dengan saya. Saya tak kongsikan kesemua perkara yang mereka ceritakan itu kepada pembaca saya. Sebab ada yang bercerita dengan tujuan untuk buat spekulasi. Mereka tahu blog saya ada ramai pembaca dan lebih mudah untuk menyebarkan sesuatu cerita itu kepada saya dan saya sebarkannya kepada anda.

Bercakap dengan kawan-kawan atas dasar "hear say" itu bagi saya hanya cerita kedai kopi. Tapi bagi newbies, mereka ada kemungkinan akan panik. Sebagai contoh, jika saya ceritakan didalam blog ini bagaimana hendak memeriksa duit syiling 10 sen 1971 palsu dan tulen, ramai yang rasanya terus memeriksa duit syiling koleksi mereka, mereka jadi panik. Takut duit mereka palsu.

Semua pengumpul duit lama takut untuk terbeli duit palsu, rugi duit, sakit hati.

Jadi tolong jangan sebarkan berita palsu. Nak cerita kedai kopi pun tolonglah bawak buktinya sekali.

PS: Untuk makluman, V itu bermaksud Variety bukannya version. Anda boleh membaca lebih lanjut didalam post saya mengenai V2 di post; 10 sen 1971 V2.