Isnin, 11 November 2013

Duit Peringatan Sidang Kemuncak OIC Ke-10

Pada 3 Oktober 2003, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ke-10 yang berlangsung pada 16-18 Oktober 2003 di Pusat Konvensyen Putrajaya. Ketiga-tiga jenis duit syiling tersebut (RM1 Emas Nordic, RM10 Pruf Perak dan RM100 Pruf Emas) adalah sah diperlakukan (legal tender).

OIC Ke-10

OIC Putrajaya

Rekabentuk untuk ketiga-tiga jenis duit syiling peringatan ini adalah sama iaitu di sebelah hadapan tertera logo rasmi Sidang Kemuncak ke-10 OIC dan perkataan “PERSIDANGAN KETUA-KETUA NEGARA ISLAM” dan “SIDANG KEMUNCAK KE-10”. Di sebelah belakang pula tertera perkataan Arab ditulis dalam tulisan khat kufi iaitu Munazzomah (Pertubuhan), Al-Muktamar (Persidangan) dan Al-Islami (Islam).

Syiling RM1 Emas Nordic Sidang Kemuncak OIC Ke-10
syiling Malaysia

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: Emas Nordic
Berat: 9.16g
Diameter: 30.00mm
Tempaan: 25,000 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM1
Harga Jualan: RM8
Harga pasaran semasa: (Rujuk:Senarai Harga Malaysia Coin Card )

Syiling RM10 Perak Pruf Sidang Kemuncak OIC Ke-10
Malaysia coin

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 21.70 gram
Diameter: 35.70 mm
Tempaan: 300 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM10
Harga Jualan: RM128
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)


Syiling RM100 Emas Pruf Sidang Kemuncak OIC Ke-10
100 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 999.9 emas pruf
Berat: 8.60 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 200 keping.
Penempa: Royal Mint of Malaysia, Shah Alam
Nilai muka: RM100
Harga Jualan: RM1,008
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 500 set.
Harga Jualan: RM168
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic pruf
Tempaan: 250 set.
Harga Jualan: RM1,208
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)


Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.