Khamis, 14 November 2013

Syiling United Nations Decade for Women

Pada 1 Julai 1986, Bank Negara Malaysia telah melancarkan Syiling Peringatan "United Nations Decade for Women" bersempena dengan program Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) untuk mempertingkatkan kedudukan wanita di negara-negara membangun melalui Program Syiling Peringatan Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu. Ia juga bersempena dengan 1 dekad Hari Wanita Antarabangsa yang di sambut pada 8 Mac setiap tahun bermula pada tahun 1975.

Malaysia telah mengeluarkan 2 jenis syiling peringatan yang sah diperlakukan (legal tender) yang diperbuat daripada emas dan perak sterling yang ditempa di Valcambi Mint, Switzerland.

syiling wanita pbb

Rekabentuk muka hadapan mengandungi perkataan "DEKAD WANITA BANGSA-BANGSA BERSATU * MALAYSIA " di sekeliling syiling. Dibahagian tengah pula tertera imej seekor burung merpati sebagai gambaran kebebasan wanita dan tahun "1976-85".

Rekabentuk belakang pula dihiasi dengan perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" diletakkan dibelah atas syiling, nilai muka diletakkan dibahagian bawah syiling sementara peta Malaysia dan logo Bank Negara Malaysia ditempa dibahagian tengah syiling.

Syiling RM25 Perak Peruf Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu
silver coin

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: 92.5 perak pruf
Berat: 23.30 gram
Diameter: 38.61 mm
Tempaan: 2,000 keping.
Penempa: Valcambi Mint, Switzerland.
Nilai muka: RM25
Harga Jualan: ?
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)

Syiling RM250 Emas Peruf Dekad Wanita Bangsa-bangsa Bersatu
syiling emas

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Komposisi Logam: .900 emas pruf
Berat: 8.10 gram
Diameter: 24.00mm
Tempaan: 1,500 keping.
Penempa: Valcambi Mint, Switzerland.
Nilai muka: RM250
Harga Jualan: RM?
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Sebanyak 24 negara menyertai program ini; Barbados , Belize , Bhutan , Bulgaria , China , Ethiopia , Greece , Hungary , Jamaica , Lesotho, Leberia, Malaysia , Maldives, Malta, Mongolia, Papua New Guinea, Seychelles, Solomon Islands, Sudan, Tanzania, Turkey, Turks & Cicos, Yamen dan United State of America. Hampir kesemua negara mengeluarkan syiling .925 Fine Silver kecuali Hungary .640 Fine Silver dan Amerika Syarikat Proof Copper Nickel.

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.