Khamis, 15 Ogos 2013

Set duit Syiling Malaysia 1971

Rasanya ramai yang dah baca mengenai cerita Set duit Syiling Malaysia 1971 yang dikongsi oleh Sifu Dickson Niew; 1971 BANK NEGARA MALAYSIA COIN SET.

Mengikut sifu Dickson Niew didalam artikelnya itu, setakat ini hanya ada seorang sahaja yang mempunyai set duit syiling ini didalam simpanannya dan beliau tidak mahu menjualnya walaupun harga yang ditawarkan adalah RM5,000. Set duit syiling ini adalah set contoh dari Kilang Wang Bank Negara Malaysia, Shah Alam. Tidak dinyatakan ada berapa banyak set contoh ini dikeluarkan atau dari mana pemilik set ini mendapatkan set contoh tersebut.

duit 1971

syiling 1971

kad syiling

Set original syiling Malaysia 1971 ini dikeluarkan dengan sarung plastik berwarna biru gelap dengan logo Bank Negara serta tulisan "KILANG WANG" "BANK NEGARA MALAYSIA". Didalamnya ada mempunyai kad kertas yang tertulis maklumat perincian setiap duit syiling. Syiling yang ada didalam set itu adalah duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen dan 1 ringgit. Kesemua syiling diletakkan didalam plastik, didalam ruang yang berbeza. Hasil daripada pengamatan Sifu Dickson Niew, duit syiling 10 sennya adalah dari variety 3.

Cerita mengenai set syiling 1971 ini juga pernah saya kongsikan didalam post; 10 sen 1971 story. Pada tahun tersebut, duit syiling Malaysia ditempa dengan denominasi yang lengkap tetapi hanya duit 10 sen yang dikeluarkan didalam jumlah yang sedikit. Khabar angin mengatakan set ini ingin dikeluarkan sebagai memperingati Hari pembukaan Kilang Wang Bank Negara Malaysia di Shah Alam. Namun, tidak tahu sebab apa, tidak ada syiling yang dikeluarkan sempena pembukaan kilang wang tersebut.

Saya berpendapat, jika sifu Dickson Niew boleh mendapat 10 sen 1971 variety 3 dari collector, bermakna ada datuk, nenek, ayah atau ibu anda yang mungkin seorang collector atau juga kakitangan Kilang Wang pada tahun 1971 yang menyimpan set ini juga. Anda perlu bertanya dengan mereka jika mereka ada menyimpannya, mana tahu mereka terlupa ianya ada disimpan didalam peti besi didalam Bank.

Janganlah bertanya dengan saya berkenaan harga set ini sebab nak jumpa pun susah. Mohon kawan-kawan berusaha untuk mencarinya terlebih dahulu, mana tahu ada yang terjumpa kan?

Saya tahu ada ramai lagi dari anda diluar saya yang tak baca artikel tersebut, sebab itu saya kongsikannya di blog ini. Namun, ada juga yang seperti biasa dah baca tapi akan buat bising kat belakang tabir yang set duit syiling ini mungkin hanya bertujuan untuk menaikkan harga 10 sen 1971. Sampaikan keluar cerita duit syiling 10 sen 1971 palsu. Sampai bila-bila pun kumpulan "kaki bising" ini tidak akan belajar, jangan buang masa anda berkumpul dengan mereka yang terlebih pandai ni. Bila disuruh kongsi ilmu yang dia ada, jawapan standard mereka, "saya hanyalah seorang newbies". Memang standard newbies ler engkau sampai mampus. Cakap banyak ilmu takde.