10 sen 1971 V2

Sebelum saya ceritakan mengenai duit syiling 10 sen 1971 V2, ada baiknya saya ceritakan kenapa saya bersuara mengenai duit palsu untuk syiling itu yang digembar-gemburkan di Facebook. Sedangkan otai-otai serta sifu-sifu yang lain tidak ada yang bersuara. Anda boleh bertanya dengan mereka sendiri dan anda kena ingat, kebanyakan daripada mereka berniaga, mereka tidak mahu mencari musuh. Lagipun yang bercakap di Facebook itu cuma seorang "newbies pondan" yang entah daripada mana datangnya. Sewaktu saya menulis cerita duit palsu itu, saya mendapat cerita itu daripada orang lain tetapi "newbies pondan" yang mengunakan ID nama perempuan tetapi sebenarnya lelaki itu pulak yang terasa. Bak kata pepatah, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

10 sen

Saya sebenarnya tidak perlu menjawab cerita "newbies pondan" tersebut tetapi apabila lebih daripada 10 orang yang menghantar message kepada saya ditelefon dan juga Facebook bertanyakan kesahihan cerita "newbies pondan" tersebut, saya perlu menjawabnya. Sehingga hari ini pun masih ramai yang bertanyakan kepada saya, "Betulkah duit syiling 10 sen 1971 V2 itu palsu?" Ini bagi saya boleh merosakkan suasana numismatik di Malaysia kerana cerita yang disebarkan itu adalah palsu serta menimbulkan panik kepada collector-collector baru. Bukti tiada tapi cakap besar! Ilmu tiada tapi kuat temberang!

V pada v1 dan v2 tu apa?
Ada newbies yang salah faham V itu kononnya bermaksud "Version" sebenarnya ia bermaksud "Variety" atau didalam bahasa Melayunya variasi atau kepelbagaian. V yang diletakkan pada nama itu untuk memudahkan kawan-kawan collector membezakan die variety yang digunakan untuk menempa duit syiling tersebut.

Apa itu Die Variety?
Ianya adalah duit syiling dengan perubahan dalam reka bentuk biasa dengan duit syiling biasa yang dimaksudkan untuk edaran., Biasanya disebabkan oleh kesilapan dalam penyediaan atau penyenggaraan die duit syiling tersebut. Kadang-kadang kita boleh melihat duit syiling pada tahun yang sama mempunyai sedikit perbezaan pada rekabentuknya, sebagai contoh duit syiling 50 sen bunga raya tahun 2005, ada beberapa die variety dan perbezaan boleh dilihat kepada kelopak bunga rayanya, rujuk artikel sifu Dickson Niew; Malaysia 50 sen 2005 die varieties.

Selalunya newbies salah faham, mereka ingat nak buat duit syiling itu perlukan satu die sahaja dan boleh cetak berjuta duit syiling dengan satu die. Sebenarnya yang biasa digunapakai di Malaysia, die itu digunakan hanya untuk lebih kurang 5,000 keping syiling sahaja. Oleh itu, untuk kes syiling ini, ada kemungkinan beberapa die digunakan. Nak tahu apa itu die, boleh lihat pada gambar di post; Nak buat duit palsu, apa yang dipegang oleh pegawai polis itu (bulat berwarna hitam) adalah die.

Ada juga newbies yang salah faham, apabila duit syiling 10 sen 1971 diberhentikan tempaanya kerana banjir, tempaan itu berhenti di duit syiling yang ke 32,236 (V1). Kononnya duit syiling itu dicetak semula selepas itu, sebab itu ada V2. Untuk makluman, 32,236 itu hanyalah jumlah tempaan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk 10 sen 1971. Kilang Wang nak cetak duit syiling perlu ada surat "approved mintage" untuk denominasi syiling dan berapa banyak syiling yang boleh dicetak. Bukannya main cetak sesuka hati mereka. Duit syiling tidak akan dibuat melebihi jumlah yang dibenarkan, kebiasannya kurang daripada jumlah yang dibenarkan.

Daripada mana mulanya cerita 10 sen 1971 V2
Cerita itu timbul apabila Sifu Dickson Niew mula berkongsi dengan rakan-rakan collector semua mengenainya di blog beliau; 10 sen 1971 die variety. Menurut beliau, duit syiling 10 sen untuk tahun tersebut ada dua variety. Pada acara lelongan MNS No.150 bertarikh 18 Disember 2011, harga duit syiling tersebut yang hanya pada kondisi EF telah terjual pada harga RM360 sedangkan ada syiling yang mempunyai gred BU dijual dipasaran pada harga RM360 (pada masa itu). Duit syiling EF itu adalah daripada variety 1.

Ciri-ciri setiap die variety


10 sen 1971
Duit Syiling 10 sen 1971 V1
1. Permukaannya lebih gelap dan malap, dikeluarkan untuk tujuan edaran.
2. Sisinya adalah berbentuk "bevel" dan tidak lurus. (Sila lihat gambar-Bevel V1)
3. Kemungkinan untuk mendapatkannya pada gred UNC atau BU adalah amat sukar.

malaysia coin

Duit Syiling 10 sen 1971 V2
1. Permukaannya lebih berkilat dan biasanya ditemui pada gred UNC atau BU.
2. Sisinya adalah berbentuk lurus. (Sila lihat gambar-Square V2)
3. Pada perkataan MALAYSIA di belakangnya ada dot yang sangat kecil. Terletak di antara L'A.

Kenapa V2 itu berkilat dan biasanya pada gred BU?
Ini kerana die yang digunakan untuk V2 adalah berkilat (polished die). Oleh itu, duit syiling yang dihasilkan adalah lebih cantik berbanding dengan duit syiling V1.

Anda juga perlu tahu, Kilang Wang Bank Negara di Shah Alam itu baru sahaja dibuka pada 10 Julai 1971.

Ada kemungkinan duit syiling untuk tahun 1971 itu hendak dijadikan set sebagai memperingati penubuhan Kilang Wang yang pertama di Malaysia. Pada tahun 1971, kita ada duit syiling daripada 1 sen sehinggalah 100 ringgit, ini menunjukkan kemungkinan perkara itu sepatutnya berlaku ada. Daripada cerita yang saya dengar, kotak dan juga segala barang-barang yang diperlukan untuk membuat set itu sudah tersedia. Tidak tahu apa masalahnya duit peringatan 1971 itu tidak jadi dikeluarkan. Kesemua duit syiling yang disediakan itu digunakan didalam edaran. Walau bagaimanapun harap jangan ada yang salah faham pulak, hanya 10 sen sahaja yang dibuat dengan polished die.

Adakah V2 itu palsu?
Nak periksa palsu atau tidak tu tak boleh pakai cakap mulut sahaja. Kalau yang bercakap itu adalah Pakar Numismatik takpelah, orang "respect" dan mungkin akan percaya. Kalau yang bercakap itu hanyalah seorang newbies yang berlagak pandai tapi sebenarnya bodoh tak tahu apa, dapat kutukan percuma adalah. Nak cakap duit palsu beli duit tersebut dan tunjuk kepada semua orang. Kalau takut orang kata tipu, hantar ke makmal untuk buat pemeriksaan kandungan logam syiling tu. Rasanya ada sahabat kita yang sudah membuat ujian untuk V2 dan kandungannya sah copper-nickel.

Nak tunggu pengesahan Bank Negara Malaysia (BNM)?
Biasanya mereka yang bercakap begini bukanlah seorang collector atau hanyalah seorang newbies yang tidak tahu apa-apa berkenaan numismatik di Malaysia. BNM tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk variety, duit error, duit palsu dan sebagainya. Jumlah mintage pun kita dapat berdasarkan ehsan Master Sifu Steven Tan yang berkongsi maklumat tersebut didalam bukunya. Nak BNM buat kenyataan akhbar? publish di website mereka? Ingat BNM ni kerja dia nak jaga Numismatik Malaysia ke?

Kesimpulan
Kepada "Newbies Pondan" yang kononnya collector duit error tegar, saya syorkan belajar dengan sifu Dickson Niew. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Malaysia Numismatic Society (MNS) dan juga penasihat kepada Kelab Warisan Numismatik (KWN). Kelab Warisan Numismatik akan mengadakan Seminar Duit Syiling Error, kalau betul anak jantan datanglah, belajar dan tambah ilmu. Kalau rasa diri tu perempuan, duduk je lar rumah dan berterusan menipu orang. Nak cari ilmu, ego tu kena buang tepi. Kalau masih nak kekalkan kepada sifat sebegitu, sampai bila-bila awak hanya akan dapat gelaran "Newbies"! Kalau tak kenal Sifu Dickson Niew tanya dengan rakan-rakan yang pernah bertemu dengan dia, apa pendapat mereka tentang Sifu Dickson Niew. Jangan tanya saya, nanti kata saya bersekongkol pulak dengan Sifu Dickson Niew.

Kita tengok lepas ni cacing mana yang kepanasan?

1 comments:

  1. kurosagi said...:

    payah o bila orang diajak berdebat, tapi lari~
    spekulasi halal bagi mereka~

    kalau nak cakap palsu atau tak palsu, sepatutnya pelabel ni perlu belajar macam mana wang syiling palsu dihasilkan & analisis logam yang ada pada syiling tersebut~

    pencipta wang kertas RM1 CR AAH palsu sudah tentu tidak dapat meniru cetakan intaglio~ ini berlaku pada semua wang kertas palsu yang berada dalam edaran (circulation)~ cetakan UV & intaglio adalah 2 ciri keselamatan yang biasanya tidak terdapat pada wang kertas palsu kerana kedua2 cetakan ini memerlukan mesin yang berteknologi tinggi~

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.