Selasa, 2 Julai 2013

Syiling peringatan baru Malaysia 2013?

Jika anda ada mengikuti Facebook page blog ini pasti ada terbaca perbincangan mengenai syiling peringatan baru Malaysia 2013. Kepada anda yang tidak mengikutinya, isu utama kepada semua collector duit syiling peringatan Malaysia adalah persoalan tentang duit syiling peringatan untuk tahun 2013 ini, adakah BNM akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 siri duit syiling baru atau tidak?

Sekarang ini dah masuk Julai 2013, dah setengah tahun. Selain khabar-khabar angin, tidak ada pengumuman rasmi dari Bank Negara Malaysia (BNM) tentang kemungkinan duit syiling baru untuk tahun ini (pada ketika ini).

Syiling peringatan

Namun, pada kebiasaannya BNM hanya akan mengumumkan secara rasmi mengenai pengeluaran duit baru seminggu atau dua minggu dari tarikh pelancaran. Pernah suatu ketika mereka mengumumkannya secara awal tetapi ramai collector/bukan collector/investor yang "tidak beretika" membuat kacau. Ada yang menelefon BNM bertanya jika mereka boleh datang dihari pelancaran untuk membeli duit syiling, ada yang tak telefon terus datang jer dihari pelancaran dan juga berbagai kerenah yang membuatkan BNM mungkin "serik" untuk mengumumkannya lebih awal dimasa hadapan.

Jangan pulak ada yang nak bagi cadangan suruh tanya BNM tentang duit peringatan 2013, saya dah beri pendapat saya disini; Bertanya hal numismatik kepada BNM?

Kembali kepada perbincangan kami di Facebook tadi, Saudara @Mode-athran Zakhaev seperti saya berharap BNM tidak melupakan untuk mengeluarkan duit peringatan "50 tahun penubuhan Malaysia". Beliau juga berharap rekabentuk di bahagian belakang syiling itu ada KL skyline, peta Malaysia ataupun potrait Tunku Abdul Rahman.

Saudara @Si Mistri yang juga blogger di Malaysia Commemorative Coin berharap tahun ini sekurang-kurangnya 3 syiling ini wajib ada:
1. 50 Thn Malaysia
2. 100 Thn Bank Tempatan
3. 50 Thn Lembaga Tabung Haji

Beliau juga sependapat dengan saya, jika Royal Mint Malaysia masih lagi wujud, mungkin hari nie pelbagai isu dah keluar, kalau tak dlm bentuk commemorative coin pun mungkin dalam bentuk medallion. Beliau juga menyuarakan BNM antara bank pusat yang tiada "numismatic", bank pusat Negara-Negara lain berebut-rebut berbunuh-bunuhan utk majukan "numismatic" mereka.

Saudara @Amer Jamain menyatakan mungkin BNM nak buat syiling peringatan tentang PRU. Rasanya yang ini kalau BN kalah, pasti ada satu syiling pasal PRU kot.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengutarakan pendapat. Bagi saya semuanya terpulang kepada BNM. Apa syiling pun yang akan keluar, walaupun kita tidak suka rekabentuknya. Kita sebagai collector Malaysia wajib beli sebab dah minat. Jika minat kepada hobi ini tak timbul, tak beli atau beli lepas tu bulan depannya mesti fikir nak jual kan?

Semoga BNM akan mengeluarkan Syiling peringatan baru Malaysia untuk tahun 2013.