Ahad, 9 Oktober 2016

Duit syiling peringatan Sukan SEA ke-15

Duit syiling peringatan Sukan SEA ke-15 telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sempena memperingati Sukan Asia Tenggara (South East Asia-SEA) 1989 atau Sukan Asia Tenggara ke-15. Sukan SEA telah diadakan di Kuala Lumpur pada 20 Ogos hingga 31 Ogos 1989. Syiling ini telah dilancarkan secara rasmi pada 16 Ogos 1989 dengan 3 denominasi duit syiling; RM5 Copper Plated Zinc, RM15 perak dan juga RM250 emas. Duit syiling ini sah diperakukan (legal tender) di Malaysia.

15 sea games

Bahagian hadapan duit syiling memaparkan acara sukan yang dipertandingkan di dalam Sukan SEA ke-15; RM5-takraw, Bolasepak & Hoki; RM15-Athletic, Badminton & renang; RM250-peserta athletic memenangi perlumbaan dan gambar seekor burung merpati terbang diatasnya) dan juga logo Sukan Sea ke-15. Di atas gambar atlet tersebut tertera tahun keluaran syiling ini "1989". Tertera tulisan "SUKAN ASIA TENGGARA KE XV" dan juga "XV SOUTH EAST ASIA GAMES". 

15 Ringgit

Bahagian belakang syiling ini memaparkan nilai denominasi duit syiling tersebut dengan lambang Malaysia dan juga tulisan "KUALA LUMPUR-MALAYSIA".

Duit syiling peringatan 5 ringgit sukan SEA ke-15
5 ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 5 ringgit
Logam: Copper Plated Zinc
Komposisi logam: 84% Copper, 12% zinc & 4% tin.
Berat: 10.40 gram
Diameter: 26.00mm
Tempaan: 500,000 keping bukan pruf; 50,000 keping pruf.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan 5 Ringgit)


Duit syiling peringatan 15 ringgit perak sukan SEA ke-15
15 Ringgit perak

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 15 ringgit
Logam: .925 Perak
Komposisi logam: 92.5% perak & 7.5% copper
Berat: 16.80 gram
Diameter: 32.00mm
Tempaan: 50,000 keping bukan pruf; 20,000 keping pruf.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Perak)



Duit syiling peringatan 250 ringgit emas pruf sukan SEA ke-15
250 Ringgit

SPESIFIKASI TEKNIKAL:
Nilai muka: 250 ringgit
Logam: .900 emas pruf
Komposisi logam: 90% Emas, 6% perak & 4% copper.
Berat: 8.60 gram
Diameter: 22.00mm
Tempaan: 2,500 keping.
Penempa: Kilang Wang Bank Negara Malaysia
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Emas)


Set Pruf 2 dalam 1:
Mengandungi duit syiling RM15 perak dan RM5 Copper plated zinc pruf.
Tempaan: 20,000 set.
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 2 dalam 1)


Set Pruf 3 dalam 1:
Mengandungi duit syiling emas, perak dan Copper plated zinc pruf
Tempaan: 2,500 set.
Harga pasaran semasa: (Rujuk: Senarai Harga Syiling Peringatan Set 3 dalam 1)

Untuk senarai lengkap Harga duit lama Malaysia (syiling edaran, syiling peringatan dan coincard), anda boleh mencari maklumat mengenainya didalam artikel ini; Senarai lengkap harga syiling edaran & syiling peringatan Malaysia.