50 sen siri kedua

Pada bahagian belakang denominasi 50 sen siri kedua mempunyai bunga kebangsaan, Bunga Raya, di bahagian tengah atas duit syiling dan nilai denominasi di bawah. Perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA" tertulis di sepanjang lilitan atas dengan tahun tempaan duit syiling terbabit. Pada bahagian hadapannya wau menjadi rekabentuk utama. Wau merupakan satu permainan masa lapang yang popular semasa musim berangin terutama di kalangan penduduk pantai timur semenanjung Malaysia. Ianya memerlukan kemahiran, ketangkasan dan pengalaman untuk membuat dan melayangkannya. Wau juga kadangkala menjadi alat perhiasan dinding rumah di Malaysia.

syilingbunga rayawau bulan
Spesifikasi Teknikal:
Nilai muka: 50 sen.
Diameter: 27.76 mm.
Berat: 9.33 gm.
Ketebalan: 2,18 mm.
Komposisi: Cu: 75, Ni: 25.
Sisi : Huruf ukir "BANK NEGARA MALAYSIA".
Mint: Kilang Wang, Shah Alam.

Gambar Duit Syiling Malaysia Siri kedua-50sen:


Tahun dikeluarkan:
1989 -6,639,057 pcs.
1990 -26,276,464 pcs.
1991 -20,720,531 pcs.
1992 -15,134,992 pcs.
1993 -7,657,991 pcs.
1994 -6,565,914 pcs.
1995 -1,650,423 pcs.
1996 -7,475,790 pcs.
1997 -16,143,327 pcs.
1998 - 401,622,135 pcs.
1999 - 12,085,000 pcs.
2000 - 48,206,000 pcs.
2001 - 67,371,000 pcs.
2002 - 61,928,000 pcs.
2003 - 32,580,000 pcs.
2004 - 37,890,000 pcs.
2005 - 691,680,006 pcs.
2006 - 19,480,000 pcs?
2007 - 69,030,000 pcs.
2008 - 61,380,000 pcs.
2009 - 94,691,783 pcs.
2010 hingga 2011 -tiada data.

Tahun tiada keluaran:
2006?

2 comments:

  1. ah chai said...:

    I have a collection of about 600 pieces of 50 cent coin but i have not sorted them by year yet.

 
Malaysian Coin © 2011 | Designed by Chica Blogger.